Forgot Password
Followers 3
Posts 98

Stay At Home Mama Stories , Motherhood & Beyond

Hello everyone. Welcome to my blog. My name is Sarah Fadzil. I am from Malaysia and resides in Selangor. I am a mom of 2 girls named Sofia and Maya. Both were born with close gap on 2016 and 2017 respectively. I am married to a military pilot and my life has been mesmerisingly wonderful and full of surprises, I need to stay strong and be independent whenever my husband needs to be out of town with his job. He served the country and that is his no 1 Priority. I am a mom who commit to gentle and positive parenting, home learning together with my children and I am advocating gadget-less movement towards children below 6 years old. I am committed to create a great childhood journey for my children. I wanted to raise them to be a strong,kind,competent,loving,soft hearted, emphatic , confident and succesfull adult in the future. Follow me with my sahm stories, activities with my kids, worldschooling projects, parenting, earn income from home and live your passion and many more. How to read this blog is you may wanna check older posts by clicking on the hash tag just below each entry that you read. Happy reading! Sincerely, Sara


stay-at-home-mom-stories early-childhood-education parenting homeschooling positive-parenting gentle-parenting kids-activity hands-on-with-your-kids-2019 workfromhome-liveyourpassion stayathomemomstories whats-cooking cmosushika sushitekakmelayu sushika sushihalalmalaysia

saraconfession

Aug. 14, 2019

Tips Memilih Pad Kain Untuk Beginner


Hi Girls!

Berjumpa lagi kita di blog Sara harini. Banyak Sara nak cerita tapi harini cukup dengan tulisan perkongsian mengenai pad kain.

Pernah ke ni korang dengar tentang pad kain? Siapa first time? Jangan malu sebab tak kenal maka tak cinta. Tak tahu maka tak pernah faham kan. Okay meh Sara cerita serba sedikit tentang pad kain ni. Kenapa korang wajib ada? Pertama, of course untuk korang jimat duit. If beli 1 set boleh selamatkan duit poket korang sebanyak RM 30-50 sebulan sampai bila bila? Taknak ke? Banyak tu weh. Boleh jadi RM 360 setahun, kalau bertahun tahun? Tepuk dahi....

Kita ni wanita normal of course la akan pakai lama lagi sampai ke menopause. Yang masih belum berkahwin, leh pakai time bersalin bila korang dah kahwin nanti and mengandung kan. And anak anak kita, kalau ada yang girl, ajar lah pakai pad kain ni. Sebab dijamin kebersihan, lebih selesa dan mesra poket. Takpelah kalau rasa membazir, and takut takut nak invest dekat pad kain, apa kata baca entry ni sampai habis dulu.

Tips Memilih Pad Kain Untuk Beginner :

  • Pilihla dari jenama yang memang dah proven ramai bagi feedback best and berkualiti. bagi Sara, Sara dah cuba SweetnCozy and sumpah dah jatuh cinta ikat mati. Professional giler jahitan, dah macam pakai pad lima bintang dah tahap premium dia. memang sesuai tagline dia. For me jenama ni memang confirm antibocor , proven walau pun di hari pertama period.
  • Korang tanya jelas jelas dengan seller, kain jenis apa diguna, tanya saiz tu yang penting, dan tengok la produk dia. Kalau ada added value macam detergent khas mcm sweetncozy ni why not? Senang sangat. tenyeh pad dengan sabun tu, terus wangi and serta merta hilang stain. Ye korang, I tak overclaim.
  • Beli 4-5 helai dulu, rasa sendiri , dan percayalah lepas dah guna korang memang taknak dah beli pad biasa yang pakai buang tu. Untuk mencukupi, 2-3 helai sehari, tapi lepas basuh dah kering dalam semalaman, dah boleh pakai. Kalau ada 6-7 helai mmg cun sangat dah tu.
  • Bila korang ada pad kain, jaga baik baik jauhi dari air panas, peluntur dan berus. InsyaAllah tahan lama and boleh pakai sampai bila bila. How good thats sound kan? Kalau ada 100 dari readers and followers sara bertukar, it can mean so much to our earth!
  • Satu set tu RM 100 lebih. jadi korang boleh main kutu ansuran atau boleh menabung dulu. Lagi sekali nak cakap memang tak menyesal!!!
  • Kalau korang travel or kerja, bawa wetbag sekali. letak pad yang kotor dalam tu. sampai rumah or hotel nanti basuh bilas macam biasa. Dia akan kering dalam semalaman bergantung la koramh airdry dekat suhu macam mana. Kalau hotel maybe you need daylight la untuk bantu kering.
  • Bila dah tak period lipat elok elok and simpan dalam laci :)


Simple tapi sangat lah membantu memudahkan masalah dunia korang.TRUST ME.

Takde dah masalah bocor.

Takde dah masalah nak kena cari wing pad and pad paling besar yg disposable.

Takde gatal gatal dah.

Tak berkuap.


Boleh usha usha brand ni. SweetnCozy. :D


saraconfession

Aug. 13, 2019

Ibu Ayah Memang Mudah Kesian Bila Anak Minta Aiskrim atau Coklat

Tanggungjawab jadi ibu bapa ni memang berat.baik dari pakaian, kelengkapan asuhan dan didikan anak anak, termasuklah yang paling paling asas , makanan. Setuju tak pernah ada kejadian, kita lembut hati aje bila keluar dengan anak anak saat mereka minta nak makan aiskrim dan coklat? Bagi ibu bapa yang anak tak pernah minta tu bagus, tapi being kids, biasala tu if minta kan. Sebab kadangkala kita yang dewasa pun memang craving weh :P.

Pernah satu kejadian husband mengomel anak dah sugar overload,bila overload anak memang aktif lain macam pakej mengada ngada tantrums bagai! oh no! then Sara pesan abang nanti beli air jangan yg manis dah tau, air mineral je. Masuk masuk dalam kereta, dia beli juga air soya kotak. T_T. Dan air mineral. As mak mak, of course Sara ingatkan, abang tadi kata anak dah terlebih gula harini...Jadi terus kami berdua sembunyi air kotak tu.So ya we are not perfect parents. Kami bagi juga anak anak kami the pleasure tu.

Tapi dalam kawalan dan saling mengingatkan. Konsep kami if dekat rumah memang tak dapat lah. Kalau time weekend outing insyaAllah memang dapat merasa. Tapi tidaklah terlalu kerap sebab kami sentiasa pesan pada diri sendiri. Apa apa saja yang berlebihan of course as a parents, you yourself will face the consequences later on.

So if masak di rumah, I will cook the healthiest as I could, tapi Sara tak hukum diri sendiri if it happened to be Sara and anak anak kena makan luar. We always tried our best everyday. Anak anak pun dah faham sangat kalau keluar bertiga je, mereka akan dapat yg mereka deserve aje.

Jadi di rumah sediakan banyak snek sihat lepas dah main meal tu. Of course for me buah buah tembikai, epal, mangga wajib ada dalam peti sejuk. Biskut very minimal, I will control juga. And untuk air manis yang abah dia suka beli haha...ku control juga. You know in this life, berpada pada dan merasa tapi jangan lah over. Itu saja prinsip kami lah. I takdelah 100% all healthy. Cuma berpada pada dan beringat ingat.

Kalau dah kesian, tengoklah situasi okay. Dan jangan lupa set rules dengan anak anak! Anak boleh faham nanti. Kalau dia mengada ngada tu biasala tu kadang lapar, mengantuk, penat....

Pandai pandai kawtim lah yer! :D



saraconfession

Aug. 12, 2019

Pengorbanan Memahami Sesuatu Hikmah..

Raya Haji masih berbaki 2 hari but I am back to work today. Macam biasa, Sara pun dah masuk duduk workstation harini dekat rumah lepas buat laundry dan breakfast dekat luar harini sebab abah Sofia masih cuti on call. Tahun ni raya korban memang benar benar sangat terasa sedih sikit. Sebab tahun ni lah kami adik beradik terpaksa berkorban beraya tanpa mak. Sounds biasa to some of you, but I really miss my mom :(.

Mak sekarang sedang sangat sibuk menguruskan bisnes keluarga di Kelantan. Although I also knew that she must be missing us badly too. Tapi dia sendiri terpaksa jaga bisnes family ni. Takpelah, kena fikir from positive side, and Sara bercadang balik sana juga nanti tengok mak. While writing this, membuatkan Sara teringat few weeks ago, I really had a bad headache, memang constant pain dekat bahagian depan kepala, and try to figure out apa sebabnya, memang rasa ya Allah takkan baik dah ke ni sebab memang seminggu sakit.

Alhamdulillah sekarang ni dah okay sangat sangat. Uruskan stress sendiri, and cuba susun balik kerja and jadual di rumah, time dengan anak anak, beriadah, spend masa dengan family. Semua ni wajib buat. Jangan overlook. Jangan overdo dekat certain part tanpa cuba balance kan dia. We need a break, we need a rest too. Macam ni pun, Sara baru balik dari swimming dengan anak anak di kelab rekreasi. It feels so good to play in the water. Sekarang anak anak makin besar, that we had to deal with their tantrums and threenagers phase.

Looking at the positive side Allah rezekikan suami beli motor, jadi dapat kami jimat belanja, and I can use the car whenever I need it untuk beli barang masak hari hari ke. Senanglah kan beli sayur etc. So if you rasa lemas dengan sesuatu , cuba lihat dari sudut positif lain pula. InsyaAllah akan rasa kemanisan hidup ini.

And Sara juga banyak divertkan energy negative into something positive macam uruskan tentang persiapan kelab Natural Advocates untuk event besar kami tahun ini Natural Bazaar 2019. Banyak tau kami belajar dari kelab ni, antaranya adalah gerak kerja, and disiplin, serta rasa tanggungjawab bila kita bekerja tanpa dibayar.

Kehidupan kita memang akan ada pelbagai faktor stressor. Yang menyebabkan stress tu , whether its a positive one that will push you further or yang negatif yang perlukan diri you sendiri menangani dengan bijak. Percayalah sesuatu masalah ada jalan penyelesaian. dan ingat, Allah akan memberi kecukupan atas sesuatu.

InsyaAllah, walau rindu pada mak buat ketika ini dan rasa mak bagai di bawa pergi sementara, sebab bila balik Putrajaya everytime sebak tengok rumah tanpa mak,barang barang mak. Tapi I need to understand the hikmah behind all of these.

InsyaAllah inilah yg cukup buat masa ini. If you happened to be in a struggle in your life too, we all knew everyone faced it. Its just our story is different.

Doakan keluarga kami ya.

saraconfession

Aug. 9, 2019

I am Now A Social Media Influencer in making too!

Assalamualaikum! begitu lama sekali Sara tak menjenguk ke blog ni. Kali terakhir adalah beberapa bulan lepas, and harini sara nak bagitahu pada semua, that I had a really good time being a work at home mom since March 2019. so it has been almost 5 months now. Me and my kids catching up a lot, and Alhamdulillah we did improved financially very well.

Thank you Allah for this path. I still remembered during my first day of writing here, I asked Allah whether I can have more than RM 2000 a month. I didn't know how, but Allah granted my wish Allah hu Allah. Since I was missing for quite a while from this blog, I am now writing again. I already add values to my career as a social media influencer and I chose my club , Natural Advocates and Natural Bazaar to make this a reality.

Right now, Sara menggunakan 2 medium ini untuk menaikkan lagi rating sara as a influencer. No problem whenever and wherever you started. Walaupun tak banyak lagi yang views, at least sara dah bermula dan get paid on top of this job.

Natural Advocates was merely just an idea 2 years ago, but look at us now, Alhamdulillah. Sekarang ni Sara tengah kerja kuat untuk qualify kan diri sendiri beli kamera yang berkualiti as tools for me to upgrade myself as influencer, good leader in my organisation Natural Advocates and my full time work , Sushika. Banyak nya planning before we end our year tahun ni!

Tahun 2019 adalah tahun menyaksikan sara grow so much!

Checklist to cross :

  • Jayakan Natural Bazaar 2019 with more than 1000 visitors
  • Naikkan brand Natural Advocates and work with other natural brands to grow
  • Naikkan Sales/Rolls Sushika to solid 6 figures per month
  • Tingkatkan mutu dan kualiti kerja
  • Have my own live and review channel


Sambil menyelam biarlah belajar minum air. Sambil bekerja jangan lepaskan peluang untuk asah skills dan mutu kerja sendiri, supaya biar di mana kita tercampak, orang sentiasa nampak kita, dan mencari kita dan sentiasa nak bekerjasama dengan kita!Cuba belajar untuk menjadi yang lebih berkualiti dari pelbagai sudut. InsyaAllah. Bismillah.

How about you guys? are you guys catching up too? I will write a lil bit more later and everyday. And I will start with my everyday review of the things I love ya!


saraconfession

April 8, 2019

Do It Efficiently. Do It Now

It has been a while since my last update. Truthfully, Sara masih try an error which works best for me as a full time mom working at home with 2 kids. 1 toddler and a baby. It seems easy but sometimes I may go crazy too. Until this week, I am doing it better and best. Memang boleh multitasking level 10. Kepala ni dah tak berapa berkarat. Boleh fikir banyak benda at 1 time. Tapi...

There's one key if you want to practice multitasking. You kena buat perkara yang terlintas atau datang as in NOW. Tak boleh tangguh tangguh. Once you tangguh satu, memang akan mula haywire and di situlah akan berlaku kesilapan dan sometimes you need to redo. Like today, me and husband and the kids sleep very early. Sara solat Isyak siap siap lepas azan, thank God dekat rumah kami ada jam azan, so memang dengar azan on time dan boleh terus solat tanpa berlengah.

Im doing it better when we perform our Subuh early, no doubt about that. So betullah bila you fix Subuh you as early as you can lepas azan, everything will go smoothly during the day. Harini ada banyak tenaga bawa anak pergi playground sebab nak bagi mereka gunakan fizikal mereka untuk bermain, they need it. So Sara bawa dalam 2 jam, then miracolously anak anak dapat tidur dengan lebih baik.

Ajaib sangat, Sofia dah 2 minggu tak tidur siang, huu harini dia nap juga akhirnya di waktu siang. So nampak gaya Sara memang kena ubah jadual tidur lambat jam 12 ke 1 pagi kepada jam 9 malam setiap malam. Hujung minggu nak tidur lewat , okayla. Time kerja untuk more efisien dan proaktif kena tidur awal dengan anak anak.

I dont know whether this can be consider as a tips, but do consider fixing your rest time at night and wake up very early in the morning. It will make your day a lot different.

Do It Now!

I wanted to try on 5 am pula tomorrow. Shall we? Nanti Sara update.

saraconfession

April 1, 2019

My New Life After 2 Weeks

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu Sara bekerja sepenuh masa dari rumah. Alhamdulillah everything has been good. Catching up well. Minggu pertama tu Sara burst out jugala sebab tak boleh biasakan diri lagi kerja dengan anak anak di rumah while kita kena fokus kan. Tapi lepas balik dari business meeting 3 hari 2 malam haritu di Holiday Villa, Sara terus macam nampak jalan clear highway nak bantu Sushika capai targeted goals mereka. Sara pun dah pandai bahagikan masa kerja time siang bersama anak anak.

Cuma, sekarang feeling tak sama macam dulu dulu la. Sekarang feeling macam ibu bekerja, memang by the time 5 PM tu sara dah mcm battery low dah. Hehe. Dulu dulu jadi surirumah kalau battery low Sara boleh lagi fikir fikir nak ajak husband keluar makan kat luar ke apa. Sekarang memang bila dah kerja, tak ingin dah nak keluar time malam. Barula merasa sama sama dengan husband letih kerja tu.

Sangat tak sabar nak tunggu weekend sebab boleh spend masa dengan anak anak dan suami. Sara berharap weekend ni juga Sara dapat susun jadual kerja dan jadual aktiviti anak sebab weekend haritu memang sangat tak sempat. Baru ku tahu perasaan ibu ibu juggling with work, housechores and kids.

Tapi haritu ada kawan di FB komen, katanya jika penat sangat menguruskan kerja, rumah, dan anak anak, lepas solat terus zikir subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Sara buat di setiap waktu solat, betul, sangat menjadi. Rasa semua kerja rasa smooth, rasa tenang, rasa macam happy saja buat kerja. Cubalah!

Sara takde lah terer, tapi nak share juga pengalaman baru ni bekerja dari rumah sepenuh masa. Sara nak share tips tips yang mungkin membantu ibu lain yang perlu bekerja di rumah di samping anak kecil.

  • Siapkan major work time malam. Wajib time malam. If ada deadline siapkan yang major dulu tanpa gangguan anak. Leave the minor one masa siang when working with the kids. Or else you akan double triple stress.
  • Bangun pagi, sediakan sarapan untuk anak dulu. Then siapkan tugasan minor di waktu pagi. Ibu pula sarapan sambil buat kerja sikit lagi. Then biar ada masa 30 minit gap macam tu, pergi siapkan anak mandikan mereka. Ibu jangan lupa mandi juga.
  • Layan anak main sekejap then sambung kerja lagi.
  • Tidurkan anak on their nap time. Masa anak tidur lari pergi masak lunch. Wajib
  • Then layan anak lagi, sambung kerja.
  • Biar anak main sendiri dan sambung kerja. Sara gap between kerja dan anak setiap 30 minit macam tu.
  • Solat on time, jangan ralit.
  • Memang masa sangat pantas berlalu, sedar sedar dah petang. Seronok! Puas!
  • Esok tu repeat, and rasa nak putar masa ke Hari Jumaat. Excited.
  • And jangan lupa beli any aromatherapy , eo macam YL to ease your day. Guna time penat, time stress, untuk relaxing. It will help you big time. After all you and anak anak kena sihat sihat saja di rumah. So make sure eat healthy, and take care of your wellness too.


saraconfession

March 25, 2019

Jom Sushika : Sushi Citarasa Melayu , Kenapa Ia Menjadi Pilihan

Pergi ke mana mana pelusuk dunia, apabila menyebut tentang makanan, biar sehebat mana dan sesedap mana makanan yang kita pernah rasa, jika lidah kita dari kecil sudah mempunyai citarasa lidah melayu, pasti kita akan mencari cari juga masakan yang kena dengan rasa kita. Restoran yang menjual Sushi dari Jepun memang terdapat di mana mana mall di bandar kini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, tetapi ianya memang sudah terkenal dengan citarasa asli Jepun.

Namun tidak semua yang meminati citarasa asli Jepun kerana sesetengah mengatakan ianya sedikit tawar, dan dicicah dengan sos yang sedikit masin pula, seolah olah hilang rasa masam, manis dan pedas yang bercampur menjadi satu dalam kebiasaan masakan melayu. Hilang nikmat makan apabila hanya ada dua rasa yang dominan.

Uniknya citarasa Melayu kita sehinggakan, kita kadangkala tidak boleh menerima makanan yang kurang umpphnya bila rasa manis,masam,pedas,masin tidak bersatu. Susah betul Sara nak gambarkan dalam bentuk tulisan. Tapi lihat sahaja jenis masakan tempatan yang kita ada. Kaya dengan pelbagai rasa dalam satu masakan kan! Yang penting, nasi tidak dilupakan.

Tapi begitu uniknya persamaan kebanyakan Melayu kita, nasi yang kering tidak berkuah pun kita susah nak makan kan. Haa....sebab tu lah Sushika masuk ke dalam pasaran dan mula mengenalkan Sushi yang diadun dan dicipta dengan resipi citarasa Melayu. Di dalam setiap gigitan, masih kekal ada rasa kemelayuannya di situ. Tidak kering, tidak tawar, dan pedas yang tidak hanya pedas semata seperti wasabi.

Sushika bukanlah hendak bersaing dengan perniagaan Sushi lain di pasaran, tetapi Sushika ingin memenuhi permintaan tempatan di mana bagi mereka teringin sangat nak makan Sushi tapi masih mahu makanan yang ada rasa melayu dan juga ada identiti Jepun di dalamnya. Ia tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang sedap dan tidak melupakan rasa asli citarasa Melayu. Itulah yang membuatkan Sushika benar benar unik dan asli.

Rasanya yang tidak memuakkan, malah mengenyangkan, juga sangat sesuai di makan bersama tersayang terutama dalam gathering, kenduri, sambutan jamuan dan juga ketika berkelah. It's simply because Sushika mengekalkan identitinya dan menjaga kualiti Sushinya yang terkenal dengan HALAL,MUSLIM MADE,CITARASA MELAYU dan yang paling penting, HARGA BERPATUTAN serta saiznya yang sangat BESAR.

Sudahkah anda mencuba Sushika hari ini?


saraconfession

March 24, 2019

Belajar Berdikari Sebagai Isteri & Ibu Pada Masa Yang Perlu

Menjadi seorang surirumah pada dua anak kecil dari rumah sejak 3 tahun lalu banyak mengajar Sara erti sebuah kehidupan. Sebagai seorang isteri, apabila ditinggalkan suami semasa dia keluar bekerja dan pulang di sebalah petang, segala tanggungjawab menguruskan rumahtangga semasa ketiadaannya di rumah adalah tanggungjawab Sara. Namun, walaupun Sara boleh melakukan semua, bahagikanlah dengan suami kita yang mana kita mampu buat sendiri dan yang mana kita tidak mampu. Sara tidak pernah memaksa diri, kalau tidak boleh rebah. Sara akan beritahu suami what is in my capability, and what is beyond my capability.

Kerana akan tiba suatu masa nanti segala kudrat dan tenaga untuk berdikari semasa ketiadaan suami akan diperlukan 100% oleh kita. Jadi bila berpeluang buat bersama sama, never settle it down alone. Bak kata suami Sara, ikut situasi semasa, kalau ada isteri, jadi boleh sama sama minta tolong isteri dan buat bersama suami. Tapi bila tiba masa isteri tiada, maka suami buat sendiri segala tugas yang perlu dilakukan di rumah.

Sara boleh memandu dan beli barang barang di kedai, tapi jika suami ada bersama, Sara akan tunggu suami untuk keluar bersama. Jika tiada pilihan sewaktu ketiadaan suami, maka Sara lakukan bersama anak anak. Kalau dulu Sara memang takut juga hendak bawa anak keluar sendiri, memandu dengan anak di sebelah. Setiap kali husband outstation Sara akan balik ke Putrajaya dan tak pernah berdikari sendiri. Sehingga tibalah satu masa sejak tahun 2019 ini Sara memilih untuk melakukannya semua sendiri tanpa bantuan sesiapa. Di sini melatih diri sendiri untuk tabah, kekal kuat melayani emosi anak, menjaga mereka di luar, mengawasi keselamatan mereka dari dalam kereta, keluar kereta hingga ke dalam kedai.

Nasihat Sara, jika ibu perlu berdikari sendiri, pilihlah mall yang mesra untuk ibu dan anak. Sara suka ke mall yang mempunyai fasiliti parking untuk ibu dan anak seperti di Citta Mall, Aeon mall kerana ia berdekatan dengan rumah. Kawasan di situ juga selamat dengan guard di depan mata, parking yang cerah dan sentiasa sibuk. Ianya stroller friendly, baby friendly kerana terdapat bilik bayi yang selesa dan dekat, terdapat kedai buku yang mudah untuk kami masuk, tempat makan yang kids friendly juga. Keluar bersama anak dengan aktiviti paling maksimum 4 jam sahaja. Jika lebih dikhuatiri anak terlalu penat dan akan mula meragam.

Apabila perlu keluar, kita kena cari alternatif yang membolehkan kita menggunakan 2 tangan kita ni secara maksima, sebelah pegang tangan anak, sebelah lagi tolak stroller atau babywearing. Jika perlu bawa troli barang, maka lipat stroller dan masukkan anak ke dalam. Minimakan pembelian barang kerana ketika ini nak kena awasi anak anak lagi. Keluar dengan kerap tak mengapa berbanding beli terlalu banyak dan rebah pula nak mengangkatnya.

Di waktu hujung minggu bawa anak keluar beriadah dan apabila tiba waktu bekerja, fokuskan keduanya serentak dalam satu masa. Kerja dan anak anak. Kedengaran sukar pada mulanya tapi jika kita mempunyai rutin yang tetap, kita boleh melaluinya dengan baik. Walaubagaimanapun, kita perlu cuba juga untuk belajar berdikari kerana apabila tiba masa yang memerlukan kita tabah dan kuat menguruskan anak anak sendiri di samping bekerja, maka kita tak kekok dan tertekan untuk menghadapinya. Ianya bukan jatuh kepada isteri sahaja, suami juga perlu belajar berdikari melakukan yang sama untuk anak anak. Supaya kita sentiasa bersedia menghadapi apa pun dugaan di hadapan.

Apa apa pun, bila kita melalui sesuatu yang sukar, mengikut pepatah Inggeris, "What doesn't kill you will make you stronger.." and let me add , wiser.


saraconfession

March 22, 2019

Jom Sushika : Apa itu Sushi ?

Di Malaysia kini, makanan yang asalnya berasal dari Jepun ini kian mendapat tempat di hati rakyat tempatan. Tidak kira bangsa, agama, dan usia. Siapa yang masih belum pernah rasa sushi? Jom kita berkenalan dengan sushi. Apa kandungan di dalamnya dan lepas ni Sara nak cerita kenapa perlu pilih Sushi Halal Sushika.

Sushi adalah makanan Jepun yang diperbuat dari nasi Jepun (beras sushi) yang mempunyai rasa sedikit masam tetapi sangat lemak dan sedap, bersama pelbagai jenis ingredients seperti seafood, sayur dan juga ayam atau daging mengikut kemahiran pembuat sushi tersebut mereka cipta sushi mereka untuk di terima oleh pelanggan.

Sushi ni dah popular seluruh dunia tau tapi sebab kita orang Muslim dan mencari yang halal itu fardhu, tanpa keraguan lagi Sushika telah mengeluarkan variety of sushi mengikut citarasa melayu dan tempatan khas untuk rakyat Malaysia yang tak pernah rasa sushi tapi sangat teringin. Key ingredient beras sushi dan seaweed itu sama cuma cara presentation dan isinya berbeza. Yang penting isi dimasak penuh dan menjadikan Sushika ni betul betul unik tau. Rasanya yang sangat sedap dan memang padu isinya membuatkan rasa tak puas makan setiap suapan. Sebab itu kalau customer order , mereka memang akan order sekurangnya minima 4 roll. Sebab nanti kena marah dengan kawan dan family kenapa order sikit sangat, nak sedap seorang ke? :D

Apa makanan kegemaran rakyat Malaysia, terlebih awal Sushika dah kaji dan sesuaikan dengan taste tempatan. Sedikit pedas, masam dan manis dan juga ditambah elemen cukup rasa masinnya. Tidak lebih dan tidak kurang. Menulis ni pun dah buat Sara teliur nak makan lagi. Perisa yang ada adalah seperti sambal, sotong, tuna, udang, satay , serunding dan juga ayam teriyaki. Kalau beli memang tak puas rasanya beli 2 ke 3 flavor sahaja kerana semua pun sedap. Dari nak makan seorang biasanya terbuat pula makan makan bersama kawan tempat kerja dan family.

Bagi yang tak pernah rasa Sushi, jangan takut takut nak cuba Sushika kerana harganya sangat berpatutan, saiznya yang besar, berbaloi dengan duit yang dikeluarkan dan yang penting tekak anda pasti boleh terima!

Untuk mengetahui info tempahan, menu, harga dan sebarang pertanyaan, sila hubungi admin kami :

https://senang.la/nak/Sushika_hq

Apa lagi, jom order!

saraconfession

March 21, 2019

Weekend Without You Again

Akhirnya setelah few weeks bersama after husband Sara balik dari Spain 1 Mac lalu, now it's time for him to be back with his work outside again. Kali ini ke LIMA Langkawi. At first kami memang berniat untuk follow tapi too many factors yang tak izinkan kami untuk pergi. Dengan keadaan suami yang sebenarnya sibuk di sana dan dia pergi awal untuk persiapan saja sebenarnya and akan balik semula semasa LIMA tengah berlangsung and tak sempat habis, so kami ni tak dapat la tengok LIMA nanti. InsyaAllah maybe next year ada peluang, Amin.

Kalini sedikit berbeza husband Sara pergi while I'm full time working, mujur esok Sara last day kerja dan Sabtu bolehlah rehat. Tapi Sabtu Ahad bukan rehat sangat pun sebab Sara ada kerja menulis ebook untuk client Sara yang perlu Sara submit on Monday 25 March. Sibuk memang sibuk, tapi puas hati bila dapat buat benda yang kita suka. Tengah menaip naip tengok tengok ada PM masuk nak order sambal walla 3 bungkus. Alhamdulillah syukur pada Allah. Rezeki semua ni walau Sara tak sempat nak promot masa siang atas faktor bekerja. Terima kasih sangat sangat pada yang tak putus putus support Sara. Tanpa kalian, siapala Sara ni.

Tengah sibuk sibuk ni Alhamdulillah masih lagi on track turunkan berat badan walau baru lepas makan Sushika. hehe. Sara perlukan mengurangkan cuma 3 kg sahaja lagi dan Sara akan masuk program kurus online bulan April nanti. Sara nak sangat berat badan ideal untuk kekal fit as a mom and mudah nak jaga anak while working at the same time. Tu aim Sara.

Tulis ni buat sara teringat, saat nak tidurkan anak tadi, mereka ni dah puas bergaduh, menangis, dan bermacam macam lagi. Ada satu ketika tu Sara just nak bangun dan sembunyikan diri Sara dalam bilik sebelah saja. Huu. Memang penat kalau suami tak ada di sisi sebab kita handle dari pagi pagi lagi hingga lah ke waktu tidur mereka. Tapi rasa itu hanya seketika, rasa sayu kan timbul saat keduanya ternganga tidur keletihan. Sara tak dapat bawa mereka berdua outdoor play macam selalu time pagi pagi sebab masuk kerja, now Sara berazam nak bawa mereka berdua lepas kerja. Biar mereka bermain di luar pula. Kadang kadang Sara rasa istimewa kerana sebab apa Allah pilih Sara jadi wanita, isteri dan mama pada anak anak dan perlu menjaga mereka menatang bagai minyak yang penuh setiap hari tanpa jemu walhal suami Sara dipilih sebagai lelaki dan pemimpin keluarga kami. Semua itu tidak Allah susun dengan sia sia.

Ya Allah, mama memilih jalan ini untuk keluarga kecil mama yang mama paling sayang hingga akhir hayat mama. Love you guys.

Okaylah kita bersembang lagi nanti. Sara nak kemas dapur dan living room untuk menempuh hari esok dengan bahagia dengan anak anak. Bismillah.

saraconfession

March 20, 2019

Perasaan Bekerja Sepenuh Masa Di Samping Anak

Kita selalu dengar peluang dapat bekerja sepenuh masa dari rumah kebanyakan dari company dari negara luar sahaja dan jarang sekali ia berlaku di Malaysia.Jika ada, ia pastinya sudah di dalam level yang tinggi dalam sesebuah organisasi atau "trust" sudah ada daripada majikan terhadap staf mereka. Tidak banyak company mahu menerima bekerja dari rumah sepenuhnya. Kalau tak percaya cuba search di dalam pautan laman kerja, part time atau full time, agak sukar untuk mendapat kerja ideal dan kebanyakannya kadangkala adalah scammer sahaja.

Secret to be passion to start your day everyday adalah do what you love.

Everyday sekarang sejujurnya Sara merasa agak terkejut dengan rutin baru ini di samping anak anak. Di mana Sara bangun terkejar juga dengan tugas sediakan anak anak dan kemudian tugasan dalam rumah pada masa yang sama masuk kerja dan siapkan tugasan Sara.

My hands are moving and my eyes need to be alert with the kids too. Tapi Sara rasa fully functional sekarang ini. Rasa tak talking to the wall. Perasaan yang susah digambarkan sebab Sara fully push and utilise my brain instead of just handling the kids and housechores kan. Berbeza guys! Sangat berbeza.

Anak memang craving attention Sara, sekejap mereka bergaduh, sekejap baik dan bermain sendiri, tengah menaip dan edit, tengok datang nak air la, nak makan la, nak kencing la, tak termasuk baby Sara yang nombor 2 kejar sara sampai ke bilik air, dapur. Sara menulis sambil dia berada atas riba Sara. It is hectic, but I am adapting. Give me some time. I will master this.

Sara memang memerah otak buat the best writing, trying the best sharing, cuba memikirkan strategy dan planning untuk company yang Sara kerja. Everything poured into one place and excitement bercampur baur. Jujurnya even sekarang dah 10 PM dan siang Sara memang tak rest langsung, Sara begitu energetic dan bersemangat untuk mulakan hari esok. Best tak macam tu?

Manusia ni dia ada limit dia yang tersendiri, tetapi dia juga mempunyai bakat dan potensi besar, yang di mana bila kita gilap, akan bersinar sinar dan berharga. Tahun 2018 memang tahun yang agak gloomy buat Sara selepas Sara tinggalkan satu bisnes ni, namun 2019 memang zaman kebangkitan total. Online bisnes Sara jual banyak perkara berkaitan perkara yang memudahkan ibu bapa dan parenting serta tentang anak anak di rumah, dan semuanya menjadi dan laku. Apa yang Sara jual, semua orang nak beli lebih lebih lagi yang pernah jadi customer Sara. Dari order 1, order banyak banyak dan keep cari Sara. Allah, Allah tunjukkan aku jalan yang luas tahun 2019 ni , Alhamdulillah!

Masuk juga rezeki orang upah menulis dan bekerja sepenuh masa. Sara bersyukur kerana memang sangat seronok dan rasa diri begitu berharga. Dah malas nak tengok akaun bank,tahun ni tahun nak kumpul duit banyak banyak, simpan dan juga nak capai satu persatu impian. Dan juga nak beli benda bermanfaat pada anak, pelajaran mereka dan untuk perkembangan mereka. Kalau yang tu kami takkan kedekut dan tak akan menolak.

Tak sabar nak bangun esok dan improve lagi berbanding hari ini.

saraconfession

March 20, 2019

Kisah Sushika Sushi Halal Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Sejurus Sara update tentang cerita Sushika, Sushi Halal Viral di Klang Valley semalam, ramai juga yang komen seperti, dah rasa semua, memang best, dah rasa and sangat sedap, very recommended! Dan tak kurang juga ada yang memberi feedback terkejut dengan produk Muslim yang best macam ni dan terus klik link Admin dan terus order! Kalian memang the best!

Semalam Sara berpeluang bercakap dengan ladyboss Sushika tentang waktu kerja Sara dari rumah bersama Sushika, ternyata pemilik Sushika adalah seorang yang sangat bertimbang rasa memberi ruang Sara untuk kerja dengan masa fleksibel di samping anak anak dari Isnin- Jumaat. Kerana ada kisah di sebalik tercetusnya perniagaan Sushika ni. Ada yang dah tahu? Sara yakin masih ramai yang belum tahu. Jom Sara cerita kisah tercetusnya Sushi Halal Malaysia, Sushika.

Sushika bermula dari rumah ketika founder Sushika, Atiqah dan suaminya tercari cari peluang pendapatan setelah mengalami beberapa cabaran dalam hidup mereka yang ketika berusia 26 tahun dan mempunyai 2 orang anak dan sedang sarat mengandung. Mereka hanya bermula dengan modal RM 100 dan mula menjual sushi di pasar malam selama 3 bulan. Menyedihkan, ketika itu, mereka hanya mampu menjual 8 roll sahaja sehari.

Tidak putus asa, ada satu lagi kejadian yang membuatkan mereka bangkit berniaga dengan lebih serius 100% menerusi pasaran online. Kejadian yang berlaku ketika itu adalah mereka mendapat salah faham masa dari satu event di Putrajaya, mereka sampai pada jam 2 petang di event, namun jam 2 petang event tu dah habis! Sedih dan kecewa ketika itu Atiqah dan suami membawa 30 roll sushi, yang bagi mereka amaun yang sangat banyak. Dengar pun dah merasa kesedihan tu, tapi ketika itu mereka cuba update tentang mereka sebenarnya berniaga sushi , dan siapa nak order mereka boleh buat penghantaran dengan segera. Dengan izin Allah, 30 roll sushi habis selepas mereka iklankannya ke Facebook. Dari situ bermulalah Sushika meneruskan legasi mereka secara online sepenuhnya.

Jualan sehari pada tahun 2016 hanya 8 roll, untuk tahun 2017 ia meningkat 10 kali ganda dengan 80 roll sehari dan kini 2019 sebanyak 500 rolls berjaya dijual setiap hari dan Sushika mensasarkan untuk mencapai jualan 1000 rolls sehari bermula bulan April dan menjangka peningkatan sales yang luar biasa melalui pelbagai plan marketing yang akan dilaksanakan nanti. Ianya termasuk servis pakej catering untuk jamuan makan, meeting di pejabat dan juga kenduri serta sambutan hari lahir, dan juga tidak lama lagi Set Sushi Box Raya Aidilfitri akan dilancarkan.

Apa yang uniknya Sushika? Sushika tidak sama seperti brand lain di luar sana. Resipi yang dihasilkan sudah diinovasikan khas sesuai untuk selera tempatan dan juga Sushika mensasarkan peminatnya yang tersendiri yang tidak suka makan Sushi yang mentah atau diragui status halalnya. Kebanyakan pelanggan Sushika adalah dari yang tidak pernah makan sushi langsung namun kemudian menjadi peminat yang setia sushi halal viral di Selangor ini. Sushika sudah bergerak aktif ke kawasan di luar Selangor seperti Johor, Melaka, Perak, Kelantan mengikut jadual trip tertentu yang diumumkan di Facebook page Sushika dan IG sushika_hq.

Bestkan Sushika? Bukan sahaja Sushika menjalankan fardhu kifayah iaitu menyediakan pilihan halal dari Muslim, pilihan yang sesuai dengan tekak tempatan dan juga sushi yang dimasak penuh pasti dapat menambah pilihan pelanggan yang tidak dapat menikmati makan mentah seperti ibu mengandung dan juga penggemar sushi masak sepenuhnya.

Nak tahu lagi tentang kisah Sushika banyak banyak? Jom rasai sendiri Sushi ini dan biar rasa kesedapannya berbicara. Selepas ini Sara akan update dan viralkan Sushi yang best ni tanpa henti stay tuned!

Buat masa sekarang Sushika beroperasi secara preorder ( order hari ini dan dapat esok untuk menjamin kualiti dan menepati syarat freshly cooked untuk pelanggan) bagi kawasan di luar Klang Valley mengikut trip yang akan diumumkan setiap minggu di Facebook page Sushika dan IG sushika hq , manakala bagi di Klang Valley ada penghantaran setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi - 5 petang.

Kawasan delivery setiap hari:

Bt caves/ gombak/ wangsa maju/ melawati/ ampang

kl/ cheras/ serdang/ kajang/ bangi

kepong/ Damansara/ Pj / shah alam/ puchong/ klang

Dan kawasan sekitaršŸ˜Š.

Untuk tempahan boleh terus klik link ni untuk admin yaĀ https://senang.la/nak/Sushika_hq

Nanti secepatnya Sara akan buat Video mengenai perisa yang ada, dan jika boleh Sara tunjukkan sekali di dalam video dan maklumkan segala info berkaitan. Macam macam yang Sara dah plan untuk sushika. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

Jom support produk muslim Bumiputera , yang penting HALAL!

For time being, if kalian belum cuba kena cuba ya. Tak lama lagi Sushika juga akan beroperasi menggunakan website juga. Untuk sebarang cadangan atau apa sahaja berkaitan marketing boleh terus berhubung dengan Sara ya di Whatsapp 0124928454 atau email ssarahfadzil@gmail.com.

Nak Sushi halal? Nak Sushi fully masak? Nak sushi tekak melayu ? Sushika kan ada. :)


saraconfession

March 19, 2019

First Day Of Working as CMO for Sushika Halal Malaysia

Terkejut? Tak juga kan. Sara dah bagitau dah kan akan announce soon. Cuma I thought it was gonna be on 1 April. But the company need this role untuk operated fast maka Sara officially bekerja as CMO to their company. Sara ada tulis di Facebook tadi mengenai role baru Sara di company sushika, namun ramai macam tak faham apa itu CMO. Okay jom kita kenali lebih dalam apa tugas Sara as CMO dalam company ni.

CMO ni stands for Chief Marketing Officer dan role biasanya dia akan work hand in hand dan directly dengan CEO company tersebut. Dalam bahasa melayunya adalah ketua pegawai pemasaran. Makanya anything related to marketing, sales, customers relations, public relations,merencana aktiviti yang melibatkan komunikasi di antara customer,clients atau business partner dengan company melalui the best offers and values tertentu. Basically apa sahaja yang boleh membantu company mencapai targeted sales mereka dan meningkatkan revenue atau pendapatan company.

Maka apabila Sara dah mula bekerja ni, Sara akan entertain berkenaan perkara selain kerja lepas working hours atau waktu rehat ya walau kerja dari rumah. Ia untuk keberkatan gaji Sara juga bekerja untuk company ni. Kena jujur dan cuba sehabis baik. Buat masa sekarang Sushika beroperasi secara preorder bagi kawasan di luar Klang Valley mengikut trip yang akan diumumkan setiap minggu di Facebook page Sushika dan IG sushika hq , manakala bagi di Klang Valley ada penghantaran setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi - 5 petang.

Kawasan delivery setiap hari:

Bt caves/ gombak/ wangsa maju/ melawati/ ampang

kl/ cheras/ serdang/ kajang/ bangi

kepong/ Damansara/ Pj / shah alam/ puchong/ klang

Dan kawasan sekitaršŸ˜Š.

Untuk tempahan boleh terus klik link ni untuk admin ya https://senang.la/nak/Sushika_hq

Nanti secepatnya Sara akan buat Video mengenai perisa yang ada, dan jika boleh Sara tunjukkan sekali di dalam video dan maklumkan segala info berkaitan. Macam macam yang Sara dah plan untuk sushika. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

Jom support produk muslim Bumiputera , yang penting HALAL!

For time being, if kalian belum cuba kena cuba ya. Tak lama lagi Sushika juga akan beroperasi menggunakan website juga. Untuk sebarang cadangan atau apa sahaja berkaitan marketing boleh terus berhubung dengan Sara ya di Whatsapp 0124928454 atau email ssarahfadzil@gmail.com.

Nak Sushi halal? Nak Sushi fully masak? Nak sushi tekak melayu ? Sushika kan ada. :)


saraconfession

March 18, 2019

Tulis Apa Yang Kita Mahukan Dan Jangan Lupa Berdoa


I'm writing this to express my feelings right now,how grateful I am when I manifest what I want in mind and suddenly it's happening. Biiznillah. Sara hanya insan yang kerdil namun Allah jualah yang mendorong dan membantu semua ini berlaku. Bermula dengan dugaan dan cabaran pertama yang Sara lalui di awal bulan Mac lalu. Pada mulanya ada rasa sedih, marah dan kecewa dengan apa berlaku.Itu reaksi manusia biasa. Kita tidak lari dari perasaan negatif itu semua namun menangislah hanya sebentar dan bangkitlah mencari siapa diri kita sebenar untuk melalui apa jua yang kita rasakan sebagai masalah itu. Tak mungkin ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Kita ada Allah dan itulah segalanya buat kita. Kadangkala Sara seperti tidak pernah serik. Tidak pernah mengerti bila ditimpa ujian, pasti menangis meratapi seketika, padahal sudah banyak kejadian yang Allah hamparkan di depan mata. Things will change as long as you yourself wanted to change. Things will improved when you yourself improved and get better. Memang tidak menyangka sebahagian apa yang Sara tuliskan dan impikan sejak awal tahun lalu, sedikit demi sedikit menunjukkan jalannya di laluan yang betul.

Ada insan insan yang Allah hantar membantu Sara dalam melakukan semua ini. Jadi jika kita mempunyai masalah, walau kedengaran biasa dan cliche, tulis apa kita mahukan dan berdoalah pada Allah. Apa sahaja yang kita mahukan jika ia yang terbaik buat ketika itu, akan Allah hamparkan pada kita satu persatu. Tidak salah untuk rasa kecewa, namun cepatlah bangkit mencari ruang dan peluang untuk bersemangat lagi mengharungi hidup. Apatah lagi hidup yang Sara lalui sekarang bersama anak anak adalah yang paling bermakna. Sara takkan abaikan walau pun sekejap kerana kelak peluang seperti ini tidak akan datang 2 kali.

Kita hanya sang fakir yang tidak mempunyai apa apa, ingat sampai bila bila, semuanya di dalam tadbir Allah. Setiap apa berlaku mengikut ketentuannya dan teruslah percaya Allah sedang merencana yang terbaik dalam kehidupan kita. Sara sebenarnya baru sudah menulis projek pertama untuk klien iaitu projek ebuku dengan tajuk tertentu. Seronok menulis tapi macam biasa rasa doubt itu ada takut tidak menepati kehendak klien, maka Sara perlu revisit and edit lagi dan lagi. Buat masa ini Sara hamburkan sahaja idea yang ada ke atas kertas. Due date tulisan adalah minggu depan. Nervous juga kerana Sara juga masih dalam probation period di dalam bulan pertama.

Husband Sara akan keluar lagi ke Lima minggu ini for few days. InsyaAllah kalini semuanya akan baik baik sahaja Sara bersama anak anak dan Sara tak perlu upah orang untuk masak lagi seperti ketika suami ke Spain haritu. Sebab Sara dah jumpa maid sara yang sangat pantas membantu masak di dapur untuk breakfast , lunch dan dinner. Bersyukur sangat. Harini siap dapat masak gulai ikan bendi yang sangat sedap. Husband dan anak anak makan dengan sangat berselera. Kalau nak tahu lanjut boleh klik link sebelah sini


Masak Sepantas Kiraan 1,2,3. Ibu Tolong Kata Ya Untuk Pembantu Anda Di Dapur Ini.


Dan Sara ada sesuatu yang best nak diumumkan pada semua, kerana Sara dah dapat kerja baru dengan majikan baru, fully working from home. Teruja kan? Tapi Sara tak boleh reveal lagi, tunggu ya sedikit masa lagi akan Sara ceritakan tentang my permanent job and role baru Sara. Hectic? Yes! Namun dari situlah jawapan Allah beri pada Sara atas doa yang Sara pohon tanpa jemu setiap hari!

saraconfession

March 16, 2019

You Will See It Coming And You Will Never Look Back

Hidup kita ini tidak akan bererti jika kita tidak beri peluang pada diri sendiri untuk berbakti pada orang lain dan juga menginspirasikan orang lain walau sekecil zarah. Bila sara create album Transformation di Facebook, Sara mempunyai niat untuk get back serious dengan diri sendiri yang perlu kurangkan berat badan sebanyak 10 kg lagi. Berkat fokus, Sara telah buang sebanyak 4 kg. Sara hanya perlu kuat untuk mengharungi ranjau duri mengurangkan 6 kg lagi, kerana kebanyakan yang mula untuk buang lebihan berat badan kerana untuk sihat,akan mula tersasar saat angka di timbangan mula menunjukkan 50% hasil.

Apatah lagi jika inci sudah berkurangan, jeans lama boleh dipakai, baju kelihatan longgar, muka sedikit runcing. Ketika ini lah kebanyakan akan mula balik habit lama sedikit demi sedikit dengan cakap, tak apa harini saja cheat day. Ia berulang hari demi hari sehinggalah......penyesalan yang sama berulang kembali.

Di antara sebab sebab Sara nak kurangkan berat badan sebab :

  • I don't feel good about myself anymore. Perut dah terlalu besar sampai 3 lapis. Anak dah cakap perut besar pun belum nak insaf.
  • Nak rasa fit dan sihat. Nak rasa badan lebih ringan supaya bangun pagi dan ibadah tak culas.
  • Inspired dari suami yang memang selalu ada PT test and timbang berat badan. Dia pun jenis mengawal makannya.
  • Nak nampak lebih sihat dari penampilan wajah dan badan.
  • Nak feel good balik dengan diri sendiri yang dah semakin hanyut selepas enter motherhood. Nak dapatkan diri sendiri balik. Nak temukan diri dengan Sara yang dulu. Myself.
  • Paling penting, nak pakai balik baju baju lama yang masih elok, dan taknak sedih bila saiz dan bentuk baju idaman tak dapat disarungkan.


Ada ke yang serupa dengan Sara ?

Sara akan share nanti, tapi bukan sekarang mengenai detail group yang Sara join untuk make this mission of 6 kg a succesful one. InsyaAllah tunggu bulan May ya! Ngam ngam sebelum Aidilfitri tau. Sebulan berpuasa tu. So please follow blog and Facebook Sara closely. Do not miss anything.

See you!

saraconfession

March 15, 2019

My First Part Time Job At Night : Ghostwriter

The moment I received this offer I am overdelighted! Memang terlalu excited kerana inilah pertama kali Sara ingin membina portfolio sebagai junior ghostwriter. Buat yang pertama kali mendengar perkataan hantu ni, jangan terkejut, ghostwriter ni adalah satu terma untuk penulis yang menulis bagi pihak orang lain dan tanpa dikreditkan namanya sebagai penulis. Namun, orang yang mengupah ghostwriter itu tadilah yang berhak ke atas tulisan yang dipersetujui itu. Senang cerita, penulis upahan. They pay you certain amount of money, mencapai kata persetujuan tentang bagaimana tulisan itu mahu disampaikan yang penting orang yang hire kita tu percaya dengan hasil tulisan kita dan sejauh mana kita boleh pergi.

Tak cuba tak tahu! Dan Sara bersyukur kerana inilah peluang Sara untuk menulis dengan lebih serius, berlatih dengan lebih giat menulis setiap hari, dan juga ini adalah peluang Sara menambah keyakinan diri untuk menghargai karya sendiri. Mengambil tugas ini adalah berbentuk task dan project basis di mana ia bukannya sepenuh masa dan jika projek sudah siap dijalankan, bayaran akan dibuat. Tugasan ini Sara akan lakukan di waktu malam sahaja semasa anak tidur kerana ketika inilah Sara dapat menulis tanpa gangguan selama 2 ke 3 jam sebelum ketandusan idea. Sara masih mahu kerja di siang hari dan kemungkinan besar Sara akan cuba masuk dalam bidang kerja sales & marketing dari rumah bersama satu company ni. Sara masih menunggu offer.

Terus rasa adrenaline rush malam ni dan Sara tak dapat tidur walhal esok ada Karnival Sukan BAKAT di sini. Apa itu BAKAT? Bakat tu persatuan isteri tentera hihi. Dan jangan terkejut Sara masuk pertandingan tarik tali. Being introvert like me, dan sejenis kaki bangku dan tak berapa kinestetik Sara memang tidak meminati apa apa aktiviti sukan macam bola jaring ke apa. My hands and legs are just stiff. Tak tahulah if anak anak ikut, my husband pun kurang sukan. Dia more to kinestetik jugak, kalau tak, tak jadilah askar kan. Bukan mudah nak jadi askar. Bukan sahaja fizikal harus kuat, mental lebih lebih lagi.

I am so glad that I received this job. Doakan Sara dapat deliver the best sebab probation period 2 bulan and if my client loves me , Sara akan terima official offer letter with revision rate based on performance. It is something that I loved so that I can work hard and be serious about it. Daripada syok sendiri menulis kan. InsyaAllah.

I can see that it is coming positively and I am loving it.

saraconfession

March 15, 2019

Menjadi Ibu Yang Bahagia

Motherhood ni kadangkala ibarat masuk ke dalam gua yang misteri tapi ada treasure yang cantik dan kadangkala boleh menjadi gelap dan meraba raba mencari jalan. My first and second year of being a mom I said to myself takpe, untuk anak anak, anything and everything for them. Terlupa sebenarnya diri sendiri juga matters dan tak banyak bercakap pada diri sendiri yang lebih penting dari segalanya. A sane mom.

Pejam celik sudah hampir 4 tahun lebih Sara menjadi seorang ibu. Mengira saat mengandungkan Sofia di dalam rahim. Jika difikirkan balik,Sara merasakan kadangkala Sara sudah terlupa seluruh perasaan menjadi diri Sara sendiri yang dulu. Sara yang di mana suka bershopping, suka berhias lawa lawa, suka tengok movie, sukakan banyak benda. Ya lah, its just me and my life kan, Kadangkala tak sangka, sekarang I have to be 24 by 7 with both of them, dengan keadaan tidur atau berjaga, just be there, and them eat,drink, sleep and repeat. Buat Maya layan dia yang sangat kerap menyusu. Di mana Sara akan lie down and menyusukan dia. And not to forget menangis! yes their cry. Tipu sangat if tak ada ibu yang terganggu emosi bila anak menangis! Oh. Lupa pulak bila berak, kadangkala 4 kali sehari. I love the bonding but wearing motherhood hat is crazily exciting and overwhelming at the same time.

Tak sangka toy area, living area, dining area, even our bedroom will be filled with so much toys, the things that are not toys but they make it as toy and play, papers, rubbish, crayons, pencils,dirt, bsicuits, and so much more. Even our bathroom is full of toys! Haha. Teringat semalam masih kemas lagi keadaan rumah dan harini.....mama dah tak larat nak kisah dah walau dah macam kapal garuda. As long as I got time for myself, dapat minum , makan dengan tenang, mandi, and do my work and hobby.

No one will come to my house eventually during weekdays, even on weekends kecuali abang poslaju! So I don't need to be so anxious if my house is a mess, and upside down as long as the love fond inside the house. It's okay kalau nak kemas selang sehari atau dua kali sehari or selang dua hari or just wait for the weekend. Sapa nak datang pun unless kita jemput kan. Sebelum jemput just kemas saja lah. Senang. Tak payah pening pening, happy happy saja dengan anak dekat rumah. Tak ada sapa pun nak label kita pemalas. We already try our best to maintain the best.

So, you don't have to call me in 5 years to be in contact with me. Hehe. Just come over to my house, just text me, I will just being me with the kids. Cos I know before I knew it, I will miss this moment dearly.

saraconfession

March 14, 2019

Akhirnya, Tiba Masanya Aku Bertukar Profession

"I'm desperately looking for a job from home. Jika ada sesiapa boleh bantu beri sara beri extra job yang professional. I'm willing to deliver my all for you. If not I have to take off this sahm hat and......"

Ramai yang terkejut baca status ni semalam. Sara tak pasti kenapa. tetapi cuba you guys take from the positive side of the status. Hehe. Cuba uraikan isi tersurat dan tersirat. Tersuratnya I want a new permanent job at home, with flexibility to be working from home, and accomplishing my task at home with a proper employer or clients. Meaning to say it is no more part time doing online business at home with uncertainty. Tetapi with fix salary when I deliver my task.

Meaning to say berniaga secara santai ni still on macam biasa provided tak ganggu kerja kerja my clients or pada company yang akan Sara kerja nanti. I will choose 1 job yang fix and we will see from there. Tersiratnya, there's nothing serious pun, it's just that I am helping out my husband to build our financial towards a stable one . Itu saja. Why don't stick to online business? Cos there's still uncertainty tu. Itu saja. And my husband pun being supportive nak setup workstation for me bulan ni. So doakan Sara murah rezeki ya.

My writing projects on Hands On With Your Kids still on, Sara nak deliver first book on that dulu by end of the year. Jadi Sara kena pandai bahagikan masa. Buat masa sekarang siang, adalah masa untuk kerja hakiki and malam I will write whenever my kids dah tidur. Lately pun I stayed up late till 12 am to 1 am every night.

And if you looked at next sentence If not I have to take off this sahm hat, hehe itu adalah tindakan refleks Sara lepas dengar 1 berita ni from my husband (something personal and not to be shared) so the urge of, omg I have to work now like I used to macam sebelum ni. Honestly Sara memang tak ada apa apa komitmen dah sekarang, so if I work balik, banyak benda nak kena consider and that's not my dream pun. And considering a lot of factors, and family pun pesan jangan gopoh buat keputusan, akhirnya husband said, yes you can work but work from home now. Sebelum ni memang we never talk about working from home seriously pun. So I am so happy bila my husband was so supportive and letting me to divide my self at home with my "work" and kids. I felt important. Alhamdulillah.

Sebelum ni my focus is 100% on my kids. But now if I am deciding to work again, so I need to be extra smart in handling kids while working. InsyaAllah i can do it. For now please pray for us as we have short term and long term goals. And my current stuff that I have been doing will remain the same. And Sara belum lagi dapat kerja, if not I will focus on freelance but I will still be working juga. InsyaAllah

I can't wait to be working again!

FROM HOME!

saraconfession

March 11, 2019

10 Tips Ibu Surirumah Bermula Menjana Pendapatan 100% Dari Rumah

Selepas Sara berhenti kerja pada tahun 2016, banyak perkara yang Sara fikirkan, termasuklah bagaimana dengan financial keluarga kami. Ya, walaupun Sara mempunyai suami yang bekerja sepenuh masa, hidup di bandar seperti kami, lebih banyak perbelanjaan diperlukan,namun untuk membesarkan anak walaupun Sara menyusu anak sepenuhnya, dan tidak perlu mengeluarkan duit untuk menghantar anak ke pusat asuhan atau taska, kami tetap memerlukan "extra" duit poket untuk lebih selesa. Lagipun Sara jenis yang selesa jika mempunyai hak atas duit sendiri nak spend ke mana.

Bagi yang tidak mengetahui, untuk isteri tentera, terdapat potongan gaji suami setiap bulan yang akan masuk ke akaun bank isteri sebanyak 10%. Dari situ Sara bermula mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan. Sara memang terlalu banyak kekangan di antaranya :

  • suami sara kerja tidak menentu, dan jika weekend ada peluang meluangkan masa, memang akan fokus untuk keluarga sahaja.
  • suami kurang suka Sara berjalan tanpa dia kecuali jika tiada pilihan seperti dia outstation, jadi Sara menjadi pengganti dia drive here and there bawa anak anak.
  • sara perlu spend masa di rumah sekurangnya 5 ke 6 hari dalam seminggu selama 24 jam. Itu tanggungjawab Sara. I'm not kind of mom yang always on the move , mengambil kira banyak faktor. Sebab itu my homeschooling and didikan anak buat masa ini hanya terhad di rumah kerana Sara mempunyai bayi di bawah 2 tahun yang sangat demanding penjagaannya.


Jadi jika kita sebagai ibu dan isteri terperuk saja di rumah, tak boleh keluar bekerja atas pilihan kita sendiri and we are happy about it, masih ada peluangkah kita untuk mencari sumber pendapatan?

Mestilah ada !

Cuma jujurnya kita perlu berkorban sedikit masa kita di antara waktu lapang seperti ketika anak dan suami sudah lena dibuai mimpi. Kita tinggalkan segala kerja di dapur, kerja mengemas dan topi ibu surirumah dan melakukan kerja sampingan 100% dari rumah. Orang seperti kita bukanlah tidak mempunyai cita cita tinggi bila kita menyenaraikan kekangan yang kita ada sebagai surirumah. Ia tidak boleh diukur begitu kerana setiap orang mempunyai prioriti hidup yang berbeza dan prinsip Sara, tak akan ada kerugian sedikit pun buat Sara jika Sara fokus untuk beri perhatian kepada anak dahulu sebelum mendahului kerja Sara. Ingat, seperti Sara katakan prioriti kita berbeza, I might change my principe too in the future when my kids can be independent. Ia semua terletak kepada keadaan kita sendiri kerana kasut kita tidak sama.

Jadi malam ini at this hour, di mana ini sahaja waktu Sara dapat menulis tanpa gangguan, Sara ingin berkongsi 10 Tips Ibu Surirumah Bermula Menjana Pendapatan 100% Dari Rumah.

  • Cari kekuatan diri sendiri dan mula dari situ. Cari minat dan hobi sendiri yang paling utama. Dari situ cuba kembangkan dan lihat adakah hobi dan minat ini boleh menjana pendapatan. Jika ya, terus mencuba dan lakukan tanpa melengah lagi.
  • Cari peluang untuk menjana pendapatan dari sebahagian apa rutin yang kita lakukan setiap hari. Bermaksud kita tidak akan terlalu terganggu dengan rutin sebagai ibu surirumah seperti online business makanan sihat, educational toys, supplement sihat, atau apa jua yang mampu memberi jalan penyelesaian kepada ibu ibu atau wanita lain di luar sana juga. Think and decide what you need and what might other people need too.
  • Mulakan dengan 0 modal dan belajar berniaga. Jangan gopoh untuk keluarkan modal yang banyak. Test market dahulu dan jika apa yang kita niagakan itu bermanfaat dan orang lain perlukan pasti dia beli juga.
  • Menjana pendapatan dari rumah tidak spesifik pada satu kerja, biar orang mengecam kita ibarat kedai serbaneka, namun lakukan apa yang kita rasa suka dan boleh. Kalau kita mempunyai masa 2 jam sehari dan lapang, dan kepakaran kita adalah melipat kain , apa salahnya kita buat perniagaan melipat kain door to door 2 jam sehari. Itu contohla.
  • Selalu melihat peluang dari apa yang kita lakukan. Be creative.
  • Selalu bersikap positif dan jauhi "bawang bawangan" di mana jua kita berada. Orang tidak suka mendekati orang yang suka bergosip dan bercakap perkara toksik.
  • Selalu membaca buku dari genre yang kita minati. Membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu tetapi memberi inspirasi dan semangat pada diri untuk sama sama berjaya dan bermula.
  • Engage diri dengan ibu surirumah yang mempunyai minat yang serupa dari seluruh dunia. Lihat bagaimana mereka melakukan aktiviti menjana pendapatan dari rumah. Get inspired dan olah sendiri identiti anda.
  • Selalu ingatkan pada diri, biarlah kita ibarat kunang kunang yang kecil, walaupun kita tidak gah, kunang kunang yang kecil itu dapat juga menerangi malam yang gelap.
  • Percaya pada diri dan fokus sahaja yang terbaik yang kita mahu lakukan. Start and pause at anytime we want, restart and recharge if needed.


Sara harap perkongsian Sara pada malam ini dapat memberi inspirasi kepada ibu surirumah yang selalu rasa "lonely" dan ingin mencari sesuatu bermula dari rumah dan hanya di rumah. Ya kita boleh lakukannya!

Sara ibu surirumah tangga yang melakukan business Young Living, Herbalife, Sabun Aleppo Kadah, melakukan servis mencari buku kanak kanak premium dengan harga yang murah, membantu ibu masak mudah di rumah dengan premix healthy, dan juga seorang penulis sepenuh masa, latest writing adalah Hands On With Your Kids Siri 1.

saraconfession

March 10, 2019

8 Tips Membesarkan Anak Yang Gembira

Ada ibu bapa yang berlumba untuk membesarkan anak yang bijak akademik, seperti mendapat semua A dalam pencapaian di sekolah, menjadi seorang yang berjaya, namun Sara pasti semua ibu bapa mahu membesarkan anak yang gembira. Secara jujurnya sekarang ini, Sofia sangat mudah dijaga sejak usia dia menganjak ke 3 tahun. Nampak dia lebih matang, tantrum hanya ketika dia ada some moody and bad days which sangat jarang berlaku berbanding ketika dia di usia 2 tahun di mana begitu banyak tangisan, rengekan, hampir setiap hari selepas bangun dari tidur, apabila kehendak tak dituruti atau ketika abahnya pergi ke kerja. Ketika itu, keadaan biasa juga boleh trigger kesedihan dan kemarahan dia, apatah lagi ketika dia letih dan mengantuk atau lapar.

Setahun lalu, apabila keadaan itu berlaku, memang sebagai ibu Sara merasa sangat kecewa dan tidak bermaya. Bayangkan anak yang sedang kecelaruan emosinya dan perlu disantuni dengan baik dalam keadaan Sara yang sudah kepenatan seharian menjaga mereka berdua. Berbeza kali ini, bukan sahaja Sara seorang yang menyedari keadaan ini, namun Suami Sara juga perasan yang Sofia memang baik sangat! Kerana itu sebagai ibu, Sara ingin mengatakan, jangan terlalu dengar kata orang dengan fasa emosi anak dengan gelaran terrible two atau threenager kerana setiap anak itu memang akan melalui fasa mempelajari tentang emosinya sendiri. Sebagai ibu kita harus bijak mengajar anak untuk mengawal emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa mereka.

Sara pernah menulis di dalam blog ini di entry lepas seperti di bawah yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan berkait dengan membesarkan anak yang gembira :



Maka, jika my readers berkelapangan untuk membaca, sila klik setiap entry di atas kerana ia juga penyumbang faktor kepada membesarkan anak yang gembira emosinya. Anak yang gembira lebih lagi untuk menjadi anak yang berjaya di dalam hidupnya. Namun Sara cuba simplified kan bebeapa point untuk rujukan ibu bapa tentang bagaimana membesarkan anak yang gembira.

  • Ibu bapa perlu rasa gembira dengan kehidupan diri sendiri baik di rumah atau tempat kerja. Kawal tekanan dari melarat menjadi faktor penyumbang kepada rasa kehidupan yang stressful dan tidak menyeronokkan. Baiki hubungan dengan suami, keluarga dan juga rakan rakan.
  • Ajari anak untuk berkawan dan bersosial dengan orang lain serta menghormati mereka.
  • Sentiasa mengajar anak tentang emosinya melalui kecerdasan emosi.
  • Respon positif terhadap kesilapan yang anak lakukan dan sama sama membetulkannya.
  • Jangan membuat anak merasa tidak yakin, tidak berguna pada diri sendiri jika tidak berjaya melakukan sesuatu.
  • Lebihkan masa bersama anak dengan bermain, beriadah dan juga bercuti bersama.
  • Jangan memarahi anak jika baru mengajarnya sesuatu yang baru buat pertama kali, dia masih belajar dan tidak akan terus tahu. maka santuninya dan bersabarlah di dalam proses. Percaya akan usaha dan proses berbanding end result.
  • Memupuk sikap positif dan berfikiran positif.


Jadi, ibu bapa, now there's more reason for you to make your children happy with you yourself being happy with your life and the other learning process will come in a positive way and manners. Maka fahamilah, ianya adalah satu proses untuk anak mula matang emosinya dan semakin mudah untuk ibu bapa mengurus anak anak sambil mendidik dengan penuh ilmu dan hikmah.




saraconfession

March 9, 2019

Hands On With Your Kids Ebook Series

Alhamdulillah dengan keizinan Allah, walau sedikit terlambat, ebook pertama dari Sara berjaya disiapkan juga untuk ibu ibu pertama kali yang mempunyai anak berusia 0-6 tahun yang mencari idea bagaimana untuk bermula untuk belajar sambil bermain dari rumah di samping meransang perkembangan sihat sejajar dengan ilmu pendidikan awal kanak kanak.

Siri 1 Hands On With Your Kids atau HOWYK sudah sedia untuk dijual dan diedarkan bermula Isnin11 Mac 2019. Ia merupakan projek pertama Sara bagi tahun 2019 untuk menghasilkan sekurang kurangnya 10 siri pertama. Tujuan asal ebook ini dihasilkan adalah untuk mengasah lagi ilmu pendidikan awal kanak kanak yang pernah Sara pelajari dalam Ijazah Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat dari UPM dan juga mengasah kemahiran menulis Sara. Ia juga adalah salah satu usaha survey untuk melihat samada ia boleh diterima oleh kaum ibu di luar sana untuk dipraktiskan bersama anak masing masing.

Ebook ini menekankan pengalaman Sara pertama kali mendidik anak usia 0-6 tahun dari rumah sebagai surirumah sepenuh masa. Penghasilan ebook secara bersiri memudahkan Sara untuk terus menulis secara berterusan secara sepenuh masa. Besar harapan Sara jika para ibu dapat memberi sokongan dan respon positif untuk Sara membaiki penulisan dan perkongsian menerusi ebook ini. Objektif akhir penulisan secara bersiri ini adalah untuk menghasilkan buku fizikal pertama dari Sara. Dengan berbesar hati Sara membuka harga pengenalan kepada ebook siri 1 ini.

Harga asal adalah RM 15 untuk setiap Siri. Namun harga pengenalan adalah RM 10 sehingga 11 Mac 2019 ini sahaja. Don't forget to subscribe all the series soon kerana ia akan sentiasa bersambung sambung. Projek Ebook Hands On With Your Kids dengan kompilasi aktiviti yang pernah dilakukan bersama anak sara di dalam satu buku termasuk indoor dan outdoor. Ia akan mengikut siri, jadi mudah ibu ibu untuk simplify dan ikut danĀ relatekan dengan aktiviti seterusnya dan lihat perkembangan anak.Penulisan bersiri ini juga tidak terhad kepada aktiviti namun juga akan merangkumi penulisan yang berkaitan dengan ilmu keibubapaan dan juga kisah tentang peranan Sara sebagai ibu pertama kali yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Di samping itu, Sara akan memastikan sedaya upaya akan melakukan aktiviti yang menyentuh ke tujuh tujuh domain utama perkembangan sihat awal kanak kanak. Maka semoga anak anak kecil kita sentiasa berkembang sihat mengikut usia dan kelebihan mereka masing masing. Aktiviti yang dilakukan juga tidak semestinya berstruktur.

Siapa yang sesuai untuk mendapatkan ebook ini :

  • Ibu mengandung pertama kali yang mencari ilmu untuk mendidik dan mengasuh anak.
  • Ibu yang mempunyai anak 0-6 tahun.
  • Bapa yang juga berminat untuk belajar ringkas tentang ilmu awal kanak kanak dari perspektif seorang ibu.
  • Penjaga atau waris/saudara kepada kanak kanak 0-6 tahun.
  • Guru taska , pengasuh atau tadika.
  • Pelajar yang masih bujang yang minat dengan ilmu awal kanak kanak dari perspektif seorang ibu.


Sebarang pembelian secara online boleh berhubung dengan Sara di +60124928454 (Whatsapp) atau klik www.wasap.my/60124928454/howyk

saraconfession

March 8, 2019

Selamat Hari Wanita.Wanita Itu Tulang Belakang Keluarga, Penyeri dan Pemanis Keluarga Bahagia

Sementara anak anak sedang tidur petang lepas kedua duanya mandi tadi sebab cuaca yang panas sangat, terpanggil Sara untuk menulis tentang wanita. Sara dibesarkan tanpa ayah sejak usia 5 tahun, dan orang yang berdiri teguh di hadapan Sara ketika itu membesarkan kami bereempat adalah mak. We couldn't imagine kan if we were in her shoes. Tidak perlu imagine kerana cabaran hidup kita berbeza, and we are blessed by Allah differently. Kita mungkin rasa kita tak kuat jika kita berada di tempat mak, tapi what doesn't kill you will make you stronger. Mak sangat kuat dan dialah lambang wanita terkuat di hati kami anak anak walau dia hilang tempat bergantung di usia muda lewat 30-an.

Wanita sekarang pun dah banyak celik mata dan bijak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Dan cubalah tanya di mana mana pelusuk dunia, wanita yang bergelar isteri dan ibu adalah tulang belakang yang sebenarnya buat sesebuah institusi kekeluargaan. Mengikut ece philosopher, Froebel pun, sebenarnya ibu adalah guru terawal kanak kanak sejak dilahirkan, dan ibu perlu terlibat dalam pembelajaran dan pendidikan anak anak.

Cara terbaik ibu dalam mendidik anak anak adalah melalui :

  • Menghormati. Menghormati anak anak sebagai seorang yang bijak, berpotensi, menggalakkan anak untuk explore dari sejak lahir, mengalakkan rasa ingin tahu anak tentang dunia, dengan cara anak sendiri dan berusaha untuk memahaminya.
  • Menghubungkan apa yang dipelajari setiap hari dengan anak. Jadi sebenarnya sangat mustahil nak kategorikan mengikut subjek jika kita sedang mendidik anak di rumah. Kerana semua perkara kebanyakan adalah berkaitan.
  • Beri anak peluang untuk mencuba dan membuat kesilapan , di situ anak akan belajar.
  • Anak kita sangat berpotensi dan kreatif, biar anak kreatif menghubungkan dengan rasa di dalam dirinya dengan dunia luar.
  • Beri tunjuk ajar tapi jangan mengawal apa anak perlu lakukan. Give them freedom tapi dengan limitations and again guidance.
  • Bina hubungan positif dengan anak untuk hubungan lebih rapat, rasa percaya, dan juga kasih sayang tidak berbelah bagi.


Sebenarnya di dalam hubungan wanita sebagai isteri kepada suaminya, juga boleh mempraktiskan nilai murni di atas. Barulah bertambah harmoni rumah tangga. Cuma apa yang nak Sara tambah bila seorang suami nak treat isterinya dengan istimewa adalah :

  • Sayangi isteri sepenuh hati. Apa barang milik kita, juga miliknya dan jangan lokek memberi penghargaan padanya berupa pakaian sempurna, kadangkala perhiasan atau apa sahaja yang disukai isteri. Sifat wanita, memang they devoted their life to their partner for whole life, provided suami mereka baik dan penyayang.
  • Hormati dirinya. Jika dia kata dia penat, dia memang penat. Jangan pandang fizikal dahulu, tetapi tengok yang tak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu emosinya.Jika dia penat, beri dia time off or break seketika. Tidak lama, dapat makan tanpa gangguan, dapat mandi dengan tenang dan aman pun dah cukup baginya.
  • Tackle hatinya maka dapat keseluruhan dirinya. Puji dia, belai dan manjakan dia sebaiknya. Beri semangat padanya. Isteri yang rasa disayangi akan menyerahkan segalanya, jiwa dan raga. Jangan pandang enteng tau perkara ni.
  • Jangan membandingkan dia dengan siapa pun. Dahulukan dirinya apabila sedang bercakap dan berbual berdua.
  • Jangan sesekali belajar tinggikan suara di rumah. NEVER. NO RAISING VOICE POLICY. Kerana dari amarah suara, akan beralih pada naik tangan pula! Nauzubillah jauhilah lelaki toksik begini. Lelaki usah jadi dayus.
  • Isteri memang sifatnya manja jika suami ada di rumah, jadi layan dan dengari saja dan bantu dia.
  • Kalau isteri ada salah tegur dengan baik dan jangan pandang rendah padanya kerana sang suami juga tidak lari dari kesilapan.
  • Setiap masalah harus diselesaikan bersama dengan baik dan berbincang dahulu.


After all itu sahaja Sara nak share petang ni. Hargailah wanita kerana jika wanita bergelar isteri, ibu , adik, kakak anda tiada lagi di dunia maka hilanglah keserian dan kemanisan sebuah KELUARGA.

saraconfession

March 6, 2019

Bercuti Sambil belajar Sofia dan Maya di usia 3 dan 1 tahun

Mempunyai anak adalah titik permulaan kepada tanggungjawab yang tiada pengakhirannya. Sara merasakan ini sejak dari mengandung, melahirkan dan boleh Sara katakan situasi paling mencabar untuk menjaga anak kecil adalah di usia 3 tahun pertama. Mak Sara pernah cakap pada Sara, jaga anak ni bukan senang, kalaulah baby tu lahir terus pandai, terus bercakap, terus boleh berjalan, meremutlah manusia dekat dunia ni, ramaila orang beranak tiap tahun! hehe! Cos it is beyond that.

Jadi jika ada dikalangan bakal ibu sekarang, atau ibu yang baru melahirkan anak di bawah usia 3 tahun, bersabarlah dan cuba yang terbaik untuk membina karakter anak di 3 tahun pertama. Selepas 3 tahun, insyaAllah jika ransangan terhadap anak anak adalah betul, mengasuh dan mendidik anak akan jadi lebih mudah dan rasa sangat enjoyable kerana di tahap ini anak sudah menjadi ibarat rakan karib kita.

Suka untuk Sara bagitau, maybe apa yang Sara tulis ni sesuai dengan ibu surirumah seperti Sara kerana jika ibu bekerja yang menghantar anak ke taska, playschool atau rumah asuhan anak dah ada rakan karib sendiri di kindergarten dan sebagainya . Our little Sofia will developed that stage soon, insyaAllah Sara planning nak homeschooling dia until age 5 or 6 years old and next school most probably we will enroll her to Kinderkaizen or TFA or other relevant kindergarten for her. Sebab bukan senang nak mencari kindergarten yang mengamalkan konsep dan maksud kindergarten yang sebenar iaitu a garden for children(Froebel).

Selepas abah Sofia landed in KLIA, kami bertiga mengambil abah Sofia di sana and we had a surprise for Sofia and Maya keesokannya iaitu kami bawa mereka ke Cameron Highlands for leisure and learn activities di sana. Memang sangat enjoy trip kali ini sebab Sofia dah mula aware dengan sekeliling berbanding setahun lepas dan Maya juga sudah pandai respond to her surroundings dan menunjukkan minat.

Weather are chilly when we reach the peak, and nyaman sungguh kami anak beranak spending time together. Sofia banyak belajar di sana di antaranya :

  • belajar tentang ascending and descending naik ke bukit atau kawasan tanah tinggi, Terdapat perbezaan rasa dan cuaca bila semakin di tempat tinggi. We count mountains together along the journey. Climbing up with our car and try to chase the clouds. Itu semua bayangan Sofia ibarat sedang mengejar awan.
  • menyentuh rama rama di butterfly farm, melihat berbagai jenis insects dan small animals and pets.Maya bersifat naturalis dan dia memang sangat sukakan pokok, serangga dan suasana alami. Semua binatang yang dia jumpa di farm ditegur dengan bersungguh sungguh!
  • belajar memetik strawberry menggunakan gunting. Explore memanjat, mendaki tangga, turun naik. Memang Sofia bergerak lebih 5 jam selama 3 hari kami di sana.
  • melihat, bau, menyentuh berbagai jenis tumbuhan berbunga dan buah serta sayuran.
  • bermain pretend play di hotel dengan hadiah yang abah belikan pada mereka iaitu blocks dan set masakan.
  • pretend play jadi Anna dalam watak Frozen. Memakai dress dan mengambil gambar yang sangat comel!
  • bonding di antara kami semakin erat sepanjang di sana.
  • Maya secara kasar nampak tak banyak belajar, tapi dia sedang belajar cuma di usia 1 tahun ke 2 tahun ibu selalunya tak nampak anak sedang berkembang pesat belajar dari sekelilingnya. Ibu kena lebih observant dan bijak mengatur apa yang bersesuaian untuk anak anak.


The journey are so priceless and Sofia tak habis habis minta kami balik ke "rumah cantik". Refering to hotel that we stayed for 2 nights. Kami tahu kenangan terindah tercipta saat kami di sana dan mereka mahukan lagi. Kami pujuk dan minta pada anak anak doakan dimurahkan rezeki lagi dan kita kumpul duit dulu ya untuk ke sana. Abah kena kerja kuat lagi.

Surprisingly, Sofia dan maya tak mabuk naik atas jalan bengkang bengkok but Sara masa pergi dan loya dan nak muntah dan masa balik demam for 1 day. Fuh mama yang ada masalah motion sickness! Alhamdulillah anak anak okay. Sara baru lepas baca buku Froebel dan membina semangat balik untuk belajar dengan anak anak in their early years.

Kunci yang paling penting ibu bapa perlu pegang at the early years ini adalah, encourage,guide, and let your child being creative, imaginative, be a thinker and resolve their "problem" in their own world while helping them to grow gracefully following THEIR own pace.

Susah? Takpe nanti Sara kupas sikit demi sikit!

saraconfession

Feb. 28, 2019

My Love Is On His Way Back

Alhamdulillah, finally journey of taking care of the kids alone will come to an end tomorrow night as my husband is on his way back from Seville. It will be a long journey and flights for him. Seville to Madrid, then to London and London to KL. Being at home with the kids, we didn't do much activity, Sofia is free playing all day. Today I brought her to bookshop and bought few books for her and Maya for us to bring to our short holiday.

You know what is the best part being married to a military man? You always had your holiday on non peak day. Where it's just you and not so much people on the road and in our holiday place. Caj hotel pun tak mahal compared to PH and peak days kan. Sofia will turn 3 on Sunday so we planned special trip for her. Mesti dia happy. Di sebalik mama yang sama sama berkorban setiap kali kena berjauhan, theres 2 little girls at home being strong too. In fact they will learn to be strong forever, during their father's service.

Our life will be back to normal tomorrow and I will start homeschooling both again! hehe, we had a long holiday ever since their abah in Spain. Sara pun sangat bersyukur dapat keluarga yang sangat memahami, dan penyayang. I am glad to be part of his life.Sepanjang my husband not around, Sofia was extremely good, behave very well and Sara realised dia banyak luahkan rasa sayang dekat Sara dengan banyak dan kerap. She hugged me many times, say i love you,and crave for my attention too. I am glad that Sara takda apa apa emotional breakdown, marah marah ke or anything like that. Subhanallah everything smooth saja. Anak anak pun tak sabar nak jumpa dengan abah dia esok.

Sara bersyukur, kerana rasa nak berjumpa dengan suami masih sama seperti dulu, exactly masa baru berkahwin, tak pernah berubah. I guess itulah true love yang Allah hadiahkan kepada setiap pasangan suami isteri kan. Sara doakan kalian juga bahagia dengan cara sendiri. Kebetulan pula sepanjang husband tak ada ni Sara lose almost 4 kg. What a surprise kan nak sambut dia. Rasa baru je semalam berendam air mata jaga anak 2 orang sendiri.

Semoga suami selamat sampai dan we reunite again bersama anak anak.

Both of us have come so far in our journey together,I promised that I will cherish every single moment that I have today, now and forever.