Banyak hutang kita dengan mereka..

Jan 10, 2020

Sejak malam sara merefleks diri saat mata ingin terlelap. Of how harsh I am sometimes with the kids especially at my busy hours, at my time of focus at work, masa kepala penuh dengan kerja dan rumah. Rasa bersalah menyelinap ke lubuk hati. Memandang anak anak yang masih kecil di bawah usia 4 tahun. Hati ini tak henti berdoa dan memohon maaf kepada mereka.

Bercakap mengenai hutang, marah betul kita bila orang berhutang dengan kita. Tapi sedarkah kita BANYAKnya hutang kita kepada anak anak yg sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian kita di usia kecil yg begitu pendek ini. The first 6 years mereka bergantung penuh 24 jam. Masuk 7 tahun mula belajar berdikari di sekolah... sehingga lah mereka usia remaja dan dewasa..

Kalau nak disenaraikan hutang dengan mereka, ini sebahagian yang mampu sara tuliskan.. banyak lagi kan ibu, ayah :(

  • saat bangun pagi, mereka ingin kita luangkan masa dengan mereka, dengan pelukan , dengan perhatian utk bermain. Waktu ni mereka fresh sgt sbb baru bangun pagi. mereka lapar, nak makan. mereka nak ke tandas nak kencing, mereka nak ibu dan ayah...
  • setelah kenyang makan, nak bermain lagi. indahnya dunia mereka dengan hanya bermain. tidak menganggu ibu ayah lagi ketika ini, bermain sendiri. tapi sekejap sekejap dtg juga tarik tgn, minta makanan, minta minuman, merengek...nak perhatian lagi.
  • kita minta mereka hormati kita, bercakap dengan eye contact, tapi kita sendiri acuh tak acuh menjawab anak.
  • kita minta anak buat baik pada orang lain, sedangkan kita kadangkala tidak boleh mengawal emosi sendiri dan mudah marah apabila diuji dengan kerja yg sibuk dan saat berbicara dengan mereka
  • kita minta anak ikut arahan tapi kita juga mengajar dengan penuh emosi, tidak ditunjuk dengan betul dan adab. kita cakap kita penat!
  • kita tahu tangan untuk memeluk tapi berapa kali kita memeluk harini?
  • kita tahu dan ajar anak kaki untuk berjalan, tetapi kita tak bawak anak mengeksplorasi dunia sekelilingnya? mall mall dan mall. main di rumah.. ada kita bawa mereka bermain dengan alam semulajadi? bila kali terakhir.....
  • kita ajar anak untuk mendengar, tapi kita tidak pernah cuba mendengar mereka dengan baik!
  • kita ajar anak untuk jujur, adakah kita jujur dengan mereka?
  • kita minta anak tolong menolong, tapi pernah kah kita menunjuk nilai murni tersebut.....


banyaknya hutang. hutang didikan di rumah bukan tentang akhlak juga tentang agama..Cuba ajar diri kita untuk kenalkan anak dengan Allah dan Nabi Muhammad saw. setiap kali sebelum tidur. ajar anak berselawat, baca al fatihah dan doa doa sebelum tidur. tanamkan nilai ini di saat anak masih kecil dan sangat innocent.


Jom kita cuba langsaikan hutang di atas harini, sama sama? boleh :)



About saraconfession Joined at Dec 29, 2018

Hi Everyone! My name is Sara. I am 30 years old, a mother of 2 girls, a stay at home mother. I am married to a military pilot, who was my childhood lover, Fitrie. This blog is about my story of being a stay at home mom, and more. Let's make friend and keep in touch.


Be the first to comment.