Forgot Password
Followers 3
Posts 98

Stay At Home Mama Stories , Motherhood & Beyond

Hello everyone. Welcome to my blog. My name is Sarah Fadzil. I am from Malaysia and resides in Selangor. I am a mom of 2 girls named Sofia and Maya. Both were born with close gap on 2016 and 2017 respectively. I am married to a military pilot and my life has been mesmerisingly wonderful and full of surprises, I need to stay strong and be independent whenever my husband needs to be out of town with his job. He served the country and that is his no 1 Priority. I am a mom who commit to gentle and positive parenting, home learning together with my children and I am advocating gadget-less movement towards children below 6 years old. I am committed to create a great childhood journey for my children. I wanted to raise them to be a strong,kind,competent,loving,soft hearted, emphatic , confident and succesfull adult in the future. Follow me with my sahm stories, activities with my kids, worldschooling projects, parenting, earn income from home and live your passion and many more. How to read this blog is you may wanna check older posts by clicking on the hash tag just below each entry that you read. Happy reading! Sincerely, Sara


stay-at-home-mom-stories early-childhood-education parenting homeschooling positive-parenting gentle-parenting kids-activity hands-on-with-your-kids-2019 workfromhome-liveyourpassion stayathomemomstories whats-cooking cmosushika sushitekakmelayu sushika sushihalalmalaysia

saraconfession

Feb. 9, 2019

Ibu bapa boleh dengar nasihat orang lain tentang kesihatan anak, tapi tolong percaya "instinct" sendiri and be a responsible parents

Biznillah. It could be worse. Kids and babies, it can happen in a split second.Dengan kasih sayang dan rahmat Allah, sebagai ibu yang pertama kali menghadapi situasi kecemasan , ia merupakan pengajaran hebat. Pertama usah dengar kata orang dan nasihat orang jika hati merasa sebaliknya. Buat yang tidak mengetahui, Khamis lalu, pada waktu petang, temperature Maya suddenly naik. Dia memang ada sedikit batuk selsema sebelum itu, Sara merawat dengan natural remedy di rumah. Tetapi what makes it different this time, dia demam on off masuk hari ke 5, sekejap demam sehari je, then baik, then demam balik. means temperature tu kejap normal kejap spike.

Means badan dia tengah lawan dengan kuman dalam badan dia tu. Kami pergi ke klinik dan doktor memberi surat refer ke hospital, jika demam berlarutan another 2 days. Being mom, Sara dah tak sedap hati dah masa tu. Nampak Maya dah tunjuk sign lain dari biasa. Jam 1.30 pagi. Sara menyentuh Maya yang kedengaran bunyi nafas tercungap cungap seperti baru lepas berlari, Allahuakbar panas sungguh. Macam periuk panas!Tak ada bahagian badan dia yang langsung tak panas. She's very warm all over. Dia tak tidur, mata terbuka dan sesekali batuk dan dengar dada dia penuh sangat I couldn't describe it but this is the first time I encountered it. Teringat, apalah yang akan berlaku jika Sara melengahkan lagi. Teringat ada ibu bapa di media sosial yang mengajar dan membawa dakyah "kami tak akan telan ubat hospital walau satu pun.." Pasti ibu rasa sangsi apa harus dilakukan. Apabila teringat tulisan mereka yang terlalu taksub tentang kesan kesan buruk perubatan moden dan sebagainya. Pasti ibu rasa bersalah.

Berhenti! Ibu, nyawa dan keselamatan anak lebih penting. Di situasi kecemasan seperti waktu itu, Sara menangis sangat kuat sambil zikir, Allah Maya kenapa ni sayang, Allah. Jom kita ke hospital. Sara jerlum dia dengan air yassin bacaan suami dan kemudian solat sunat.Sara menyiapkan beg hospital dan minta pada Allah lorongkan jalan terbaik buat kami, di mana hendak merawat Maya, hospital mana, dan diberi kemudahan buatnya. Kami sampai di ADMC pada jam 2.30 pagi. Triage dan proses di unit kecemasan tidak lama kerana tiada orang ketika itu. Kerana ADMC mesra AIA insurance, dengan mudah sahaja ia approve dan Maya terus di bawa ke bilik Xray untuk melihat imbasan paru paru.

Kami di masukkan ke wad yang sangat selesa dan doctor pakar kanak kanak yang menjaga Maya adalah Dr Rakhee. My first impression, doktor ni memang bagus. Lembut, professional dan cakap apa yang perlu sahaja. Yang penting dia memang pro breastfeeding. Ambil masa 1 hari dari beberapa test yang dilakukan atas Maya. Dan akhirnya, ujian menunjukkan positif kehadiran bakteria Streptococcal dan dia diagnos sebagai Streptococcal Pneuomonia. Allah. Untuk sesetengah kanak kanak atau bayi lain, mungkin kuat melawan kuman ini, namun bagi Maya ia dah cukup untuk bertindak ganas di dalam badannya. Banyak lagi kesan buruk seperti ear infections, meningitis,bacteremia, sinus infections dan sebagainya.

Ia sudah memenuhi sebahagian paru paru Maya di depan dan belakang. If I wait a bit longer, nauzubillahhiminzalik. Ia melibatkan pernafasan dia. Kuman itu boleh merebak lebih ganas So this is no joke. Emergency treatment is needed. Lepas dah tahu bakteria apa, mudah untuk doktor decide antibiotic apa perlu diambil dan tindakan susulan lain. Apa yang menyebabkan immunity Maya a bit low adalah dia mempunyai masalah iron deficiency anemia di mana sel darah merahnya agak rendah disebabkan iron yang rendah. Ia adalah common di kalangan ibu menyusu, namun Sara tak dengar sedikit pun Dr Rakhee menyuruh ambil susu formula atau menyalahkan bf seperti sesetengah doktor. She kept saying bf as much as possible and don't worry we can work out on her anemia with me. Sebab tu Sara decide untuk ambil terus dia menjadi pakar kanak kanak untuk Maya dan monitor kesihatan Maya.

Jadi sebagai ibu bapa, tengok simptom yang berlaku pada anak dan act on it. Jangan neglect dan paling penting dengarlah nasihat pakar atau yang paling arif dalam bidang mereka. Ingat anak kita tidak sama dengan orang lain, jika anak orang lain kuat, anak orang lain tak mahu setitik ubat moden atau mahu terima perubatan alami sahaja, sometimes we just can't control that way. Do what's best as a mother from our own capacity.

Yang penting terus ke hospital jika :

  • Anak demam tinggi
  • Anak demam on dan off
  • Anak demam lebih 3 hari
  • Anak kelihatan lemah, tidak bermaya , tak mahu main dan tidak mahu makan atau minum
  • Pernafasan anak laju dan tercungap
  • Pucat, jantung berdegup laju


Percayalah kami di rumah makan seimbang, no junk food, rumah bebas rokok, mengamalkan natural food like habbataussauda dan madu asli , probiotik dan vitamin C, dan juga essential oils. Tetapi kadangkala natural healing tidak boleh diaplikasi di situasi kecemasan yang melibatkan nyawa dan keselamatan anak. Tepuk dada, dan refleksi diri. Perubatan moden itu perlu dan jangan menolak bantuan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang mereka.

InsyaAllah Sara akan share perjalanan cerita iron deficiency anemia Maya dan esok will share the checklist on food.


Be the first to comment.