Stay At Home Mama Stories , Motherhood & Beyond

Hello everyone. Welcome to my blog. My name is Sarah Fadzil. I am from Malaysia and resides in Selangor. I am a mom of 2 girls named Sofia and Maya. Both were born with close gap on 2016 and 2017 respectively. I am married to a military pilot and my life has been mesmerisingly wonderful and full of surprises, I need to stay strong and be independent whenever my husband needs to be out of town with his job. He served the country and that is his no 1 Priority. I am a mom who commit to gentle and positive parenting, home learning together with my children and I am advocating gadget-less movement towards children below 6 years old. I am committed to create a great childhood journey for my children. I wanted to raise them to be a strong,kind,competent,loving,soft hearted, emphatic , confident and succesfull adult in the future. Follow me with my sahm stories, activities with my kids, worldschooling projects, parenting, earn income from home and live your passion and many more. How to read this blog is you may wanna check older posts by clicking on the hash tag just below each entry that you read. Happy reading! Sincerely, Sara

saraconfession

Feb. 4, 2019

Kenangan menjadi ibu pertama kali. Manis, pahit, masam, semuanya ada.

Malam ni merupakan malam yang tersangat panjang bagi Sara. Dah jam 1 pagi tapi mata rasa tak boleh tutup lagi. Bukan sebab tak mengantuk tapi sebab ini sajalah masa yang Sara ada untuk me time tanpa gangguan anak. Ahh...tapi Maya bangun juga 2 -3 kali minta teman tidur sebelah dan menyusukan dia. Sara bawa dia ke Sofa sebab takut terlepas scene best dalam marathon cerita Korea tadi. Tapi bila dah nak masuk jam 1 pagi Sara masuk ke bilik. Takut la pulak lama lama dekat ruang tamu! Hehe. Husband dah lama lena dibuai mimpi.

Sara tak lepaskan peluang nak tidur sedikit lambat malam ni sebab esok kan cuti CNY. Maka, husband memang ada untuk jaga anak anak kalau Sara mengantuk. Dan apa paling heaven bibik tengah ada ni. So I don't have to cook and do the laundry! Enjoy while it lasts. Sara sangat sukakan bunyi keyboard ketika menulis. Memang terapi sangat sangat bila ekpreskan diri dengan tulisan. Lagipun menulis ni mengaktifkan otak kanan tau. Jika hendak menulis, penulis kebiasaan perlu ada idea yang tersendiri dan nak dapat ilham tu bukanlah sesuatu yang mudah juga walau tulisan yang simple. Tapi apa yang penting adalah originality dan lenggok bahasa tu adalah unik bagi setiap penulis. Lagipun Sara bukan penulis yang serius sangat. Cuma blogger saja.

Few hours ago ada kawan bertanyakan tentang bersalin, jadi buat Sara teringat sangat sangat dengan keadaan di labor room saat melahirkan kedua dua anak Sara. Alhamdulillah I achieved my own definition of gentle birth in hospital. Ikutkan hati sangatlah rindu nak mengandung dan melahirkan lagi. Rindu nak duduk hospital sebab bersalin tu tapi suka duduk 1-2 hari je. Lebih lebih taknak. hehe. Rindu nak rasa lagi kenangan memangku anak di dada panas panas keluar dari rahim. Subhanallah......Tak boleh digambarkan perasaan tu. Mahal sungguh rasa dia. Tapi walaupun begitu, Sara juga berempati bagi isteri yang masih menanti zuriat, atau ada kes terpencil yang baru Sara baca semalam tentang born without womb. Allah, kuatnya mereka!

Namun, Allah dah letak kita di posisi masing masing dalam menongkah hidup ni. Tak sama. Allah beri kecukupan dan kenikmatan hidup sesuai dengan keperluan hambaNya.Kita sama sama doakan yang terbaik. Dan sama samalah berempati dalam menjalani kehidupan ni. Kasut kita tak akan pernah sama. So we should empower each other.

Sara benar benar teringat perasaan menjadi ibu pertama kali. Tak mampu listkan semua tapi inilah yang Sara rasai dan buat Sara tersenyum dan kadangkala bergenang air mata mengenangkannya.

  • Tak pernah tak rindu rasa nak mengandung. It's a special feelings being pregnant. Tapi jangan tak tahu bila dah mengandung, ibu akan rasa tak sabar melahirkan. Dah melahirkan bila penat, rasa nak berehat lama, tapi bila anak dah pandai sikit mula rasa rindu lagi nak mengandung. Namun kita ni bukan mesin kan nak mengandung aja sampai bila bila. So cherish the moments forever in your heart
  • Melahirkan adalah suatu pengalaman hidup mati yang menginsafkan. Walau gentle macam mana pun, sakit tu hanya Allah yang tahu di saat anak menolak dan rahim mengeras untuk melahirkan bayi. Yang orang panggil contractions tu. Tapi ingatlah sampai bila bila, the contractions, the pain, cannot be stronger than you. You are stronger to born your baby.
  • Menjadi ibu membuatkan lahirnya "soft" spots in me. Mudah cair tengok anak tidur, mudah cair tengok kecomelan tingkah mereka. Apatah lagi melihat bagaimana mereka melahirkan rasa sayang pada kita. Seolah olah kitalah segalanya. Sangat lah berharga perasaan tu.
  • Breastfeeding tu tidak mudah bagi Sara pertama kali. Menangis berkali kali di bulan pertama masa melahirkan anak sulung. Sungguh rasa taknak ingat. Sakit sampai demam bengkak susu. Luka di puting dan melecet lagi. Tapi lepas dah expert lahirkan anak kedua, menyusu berdiri pun boleh!
  • Tak perlu dengar mitos dan kata orang namun boleh terinspirasi dengan mereka. Parenting style yang boleh di ambil kita ambil dan suaikan dengan anak kita. Yang buruk tu janganlah buat, pilihla yang baik baik. Kerana we are the parents to our children. Tak ada gaya parenting yang harus perfect serupa macam nak kejar trofi. We handle human beings, maka treat them like a human. Dan jangan percaya sangat bila ada orang kata, haa tak tidur malam la nanti dapat baby, haaa tunggu la terrible two, tunggula threenager, crazy four and etc. It won't end kan. Surprisingly I don't feel that bad macam orang selalu takutkan tu. Anak kita kan orang, bukan monster nak terrible sangat. Mereka sedang membesar dan belajar tentang kehidupan. Mereka juga ada emosi seperti kita.
  • It's normal to be angry, but control your anger, bertenanglah. Memang akan rasa geram dalam mendidik ni, bila anak masuk fasa nak menang, nak kita ikut dia saja, ikut pendapat dia dan sebagainya. Duduk, tarik nafas panjang, bertenang. Macamlah kita tak pernah rasa marah kat orang dewasa kan. I remember being so angry dekat Sofia, tapi cepat cepat get myself back to reality. It's really good kalau kita sedar dan rasa menyesal jika termarah. Bermaksud kita ibu yang sedar tentang emosi, self esteem anak, dan hubungan antara ibu dan anak, bukan ibu yang sesedap rasa nak lepaskan kemarahan dekat anak dan membuatkan anak menjadi seorang yang pemarah juga.
  • Ada anak rupanya tak perlu terlalu kalut nak jadi ibu bapa yang rush on everything. Ikut fitrah anak. Ikut pace anak. Ikut apa dia suka. Sokong dia dan bimbing dia.
  • Teringat yang menyesal beli mainan banyak banyak. Haha I wish that I dig on Early Childhood Education lebih awal. Anak sara tak perlu pakaian mahal, toys mahal, mewah mewah, mereka perlukan kasih sayang, memori dan perhatian yang tak berbelah bagi.
  • Jadi ibu, rasa badan dah terbelah menjadi 3 bahagian sejak ada 2 anak. I devoted my life untuk mereka. Tak mengharapkan balasan bila mereka dewasa. Cukuplah kenangan indah bersama mereka.
  • Nampak di mata anak anak bagaimana mereka sangat sayangkan Sara and how they need me....itulah yang paling berharga.
  • Jadi ibu pertama kali juga buat Sara banyak belajar tentang kehidupan. Terlalu banyak.
  • No one tell you that being a mom ni penat dia memang undescribable. Tak buat housechores, tapi jaga anak je pun dah penat jugak
  • I realised that I have sixth sense. And I always trust that mom instinct


And 1 thing above all. I learnt about what is the true meaning of "unconditional love". Don't you agree with me . :)

I miss my mom.



Be the first to comment.

Forgot Password