Forgot Password
Followers 3
Posts 98

Stay At Home Mama Stories , Motherhood & Beyond

Hello everyone. Welcome to my blog. My name is Sarah Fadzil. I am from Malaysia and resides in Selangor. I am a mom of 2 girls named Sofia and Maya. Both were born with close gap on 2016 and 2017 respectively. I am married to a military pilot and my life has been mesmerisingly wonderful and full of surprises, I need to stay strong and be independent whenever my husband needs to be out of town with his job. He served the country and that is his no 1 Priority. I am a mom who commit to gentle and positive parenting, home learning together with my children and I am advocating gadget-less movement towards children below 6 years old. I am committed to create a great childhood journey for my children. I wanted to raise them to be a strong,kind,competent,loving,soft hearted, emphatic , confident and succesfull adult in the future. Follow me with my sahm stories, activities with my kids, worldschooling projects, parenting, earn income from home and live your passion and many more. How to read this blog is you may wanna check older posts by clicking on the hash tag just below each entry that you read. Happy reading! Sincerely, Sara


stay-at-home-mom-stories early-childhood-education parenting homeschooling positive-parenting gentle-parenting kids-activity hands-on-with-your-kids-2019 workfromhome-liveyourpassion stayathomemomstories whats-cooking cmosushika sushitekakmelayu sushika sushihalalmalaysia

saraconfession

Jan. 10, 2019

My First Lesson As A Muslim - Tauhid

"Mama, tolong doakan yaya". Permintaan anak sara yang baru nak masuk usia 3 tahun lagi 2 bulan. Jujur hati memang rasa sangat tersentuh. Terus sara angkat tangan dan doakan dia. Dalam membesarkan anak anak, kami sebagai ibu bapa mencuba yang terbaik nak tunjuk yang terbaik pada mereka. Tapi sebab kami juga manusia biasa, maka tidak lari dari berbuat khilaf.

Sekerap kali sara cuba memahamkan bahawa, anak itu perlu mendapat limpahan Nur, Nur Siapa ? Nur Allah. Namun kita bukanlah habibullah. Kita hanya manusia biasa. Siapakah orang yang Allah pancarkan Nur nya direct kepadanya? Ya...Dia adalah nabi Muhammad saw, kekasih Allah. Seperti perumpamaan yang sara dapat dari Kuliah Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi, kita melihat cahaya matahari, dan kita terasa bahang panasnya, kerana cahaya matahari itu memancarkan cahayanya dan terasa di kulit kita kepanasan itu. Begitu juga dengan baginda Nabi, kerana Allah memancarkan segala Nur kepada Nabi Muhammad saw. Sifat Nabi yang maksum, sifat mulianya, yang kita harus contohi.

Maka dalam hidup ini sebenarnya kita tidak mungkin akan mendapat Nur dari Allah secara direct tapi melalui nabi Muhammad kita boleh memperoleh limpahan Nur itu. Untuk Sofia dan Maya apa yang sara sentiasa lakukan untuk sama sama mentauhidkan Allah adalah :

  • Mengenalkan Allah adalah Tuhan Kita. Solat kerana Allah. Tunjukkan dengan perbuatan supaya anak secara fitrahnya sendiri mengikut kerana rasa seronok.
  • Sebut Allah di setiap perkara. Bismillahirrahmanirrahim dalam apa jua yang dia lakukan. Sara selalu cuba ingatkan diri sendiri dan anak.
  • Mengenalkan selawat kepada Nabi, zikrullah sebagai makanan harian. Anak kecil sangat suci dan semudah itu dia boleh menerima dalam hatinya selawat dan zikir kepada Allah.
  • Selalu bawa ke Masjid sekurangnya sekali sebulan, bawa solat di masjid.
  • Berdialog dengan anak tentang siapa yang mencipta segala di sekeliling kita. Dan siapa yang paling hebat di alam semesta.
  • Bercerita tentang kebaikan Nabi Muhammad saw. dan kenapa kita harus berselawat dan mengingatinya.
  • Bercerita kenapa kita perlu doa pada Allah, dan Allah lah yang memakbulkan segala doa dan keinginan kita, dan semua yang berlaku di dalam tadbirNya.


Setakat ini itu sahaja yang sara pasakkan sesuai dengan umurnya. Selain dari mengajar adab dan perlu berbuat baik dengan semua orang. Mama juga khilaf, namun mama harap dapat mendidik Sofia dan Maya dengan baik.

Esok hari Jumaat maka aktiviti homeschooling kita berkaitan dengan Islam.




Be the first to comment.