Forgot Password

Stay At Home Mama Stories , Motherhood & Beyond

Hello everyone. Welcome to my blog. My name is Sarah Fadzil. I am from Malaysia and resides in Selangor. I am a mom of 2 girls named Sofia and Maya. Both were born with close gap on 2016 and 2017 respectively. I am married to a military pilot and my life has been mesmerisingly wonderful and full of surprises, I need to stay strong and be independent whenever my husband needs to be out of town with his job. He served the country and that is his no 1 Priority. I am a mom who commit to gentle and positive parenting, home learning together with my children and I am advocating gadget-less movement towards children below 6 years old. I am committed to create a great childhood journey for my children. I wanted to raise them to be a strong,kind,competent,loving,soft hearted, emphatic , confident and succesfull adult in the future. Follow me with my sahm stories, activities with my kids, worldschooling projects, parenting, earn income from home and live your passion and many more. How to read this blog is you may wanna check older posts by clicking on the hash tag just below each entry that you read. Happy reading! Sincerely, Sara


stay-at-home-mom-stories parenting early-childhood-education homeschooling gentle-parenting positive-parenting kids-activity hands-on-with-your-kids-2019 workfromhome-liveyourpassion whats-cooking sushika cmosushika sushihalalmalaysia sushitekakmelayu about-me

saraconfession

Jan. 8, 2019

Rumah Adalah "Sekolah" Pertama Terbaik Bagi Kanak Kanak. Bagaimana Ibu Bapa Dapat Memainkan Peranan Menjadi "Guru" Terbaik Di Rumah.

Sebaik sahaja Sara membuat keputusan berhenti kerja untuk menjaga anak sendiri di rumah, begitu banyak yang Sara fikirkan demi perkembangan anak anak yang baik. I have early childhood background during my degree studies, question now how do I apply it to my own children? Ibu bapa apabila decide nak mempunyai anak, ketika masih mengandung lagi perlu mencari ilmu bagaimana untuk menjadi guru terbaik untuk anak anak. Anak anak kecil ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. It took a village to raise a child, but it took a supportive parents to raise a child who are healthy mentally, emotionally, physically.

Memang benar kita boleh menghantar anak di sekolah terbaik, dengan guru terbaik, tetapi segala pencapaian anak itu bermula dari rumah sendiri lagi. Ibu bapa perlu memahami beberapa role seperti di bawah untuk menjadi penjaga terbaik pada anak anak sehingga mereka dewasa :

  • Anak anak memerlukan ibu bapa yang cinta akan mereka dengan sepenuh hati. Mereka memerlukan perhatian dan bonding yang baik. Seperti hubungan cinta suami dan isteri, cinta bukan hanya sekadar rasa cinta namun cinta itu harus dizahirkan dengan cara yang penuh lembut dan hikmah. Hargai mereka dengan kasih sayang tiada belah bagi. Dari kasih sayang akan wujud rasa percaya. Kanak kanak mula belajar tentang perhubungan melalui keluarga sendiri dan akan mengaplikasinya apabila berhubungan dengan rakan rakan dan orang luar lain. Anak anak akan mula mempunyai pelbagai rasa dan emosi, perkara yang dia suka dan tidak suka, keperluan. Ibu bapa harus faham bahawa setiap kanak kanak tidak sama.


  • Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak amat penting di rumah. Jika ibu bapa suka engage dengan anak anak setiap hari dan mengajari perkara baru, bahasa atau perkataan baru, bonding dengan aktiviti bersama, sentiasa mendengar dan memberi peluang anak untuk mendengari apa yang hendak kita katakan. Itulah yang akan mempengaruhi pembelajaran anak seterusnya dan orang bagaimana yang dia akan jadi. Jika kita diam dan tidak banyak engage dengan anak anak, anak anak juga akan menjadi diam dan pelbagai lagi masalah lain kemungkinan akan timbul.


  • Anak anak belajar dari persekitarannya. Bila tiba waktu tidur, maka sudah gelap dan malam, bangun pagi, suasana cerah dan terang. Anak saiz lebih kecil, ibu bapa saiz lebih besar, kenapa perlu siram pokok untuk beri dia hidup subur dan sebagainya. Anak mengenal rumahnya,rumah kita di dalam kem askar, rumah maktok di Putrajaya dan mengingat bagaimana struktur rumah dan sejurus nampak pokok tertentu dan jalan tertentu anak sudah kenal di mana dia berada ,terlalu banyak yang akan anak pelajari dari persekitaran. Tiada had! Jadi ibu bapa jangan hadkannya dengan mengenalkan gadget atau TV pada anak terlebih dahulu kerana jika anak sudah addicted dan bergantung kepada gadget, had anak belajar dari persekitaran sudah terbatas. Di sini juga kita adalah sebagai role model terbaik anak anak. Siapa anak kita adalah dari diri kita juga.


  • Beri persekitaran yang selamat, bahagia dan sihat untuk anak anak. Jauhi anak dari penindasan, keganasan, buli dan persekitaran yang boleh menganggu emosinya.


  • Dari sudut pemakanan, jika kita suka menyediakan buah buahan di dalam peti sejuk berbanding junk food, anak akan mengikut darinya. Mereka akan makan apa kita makan. Their tastebud, their lifestyle mengikut dengan cara kita bentuk mereka.


  • Dari sudut pembelajaran yang lain, kita boleh gabungkan pembelajaran dari bermain bagi mengasah kebolehan anak dalam membina learning pyramid mereka sebelum bersedia masuk ke alam persekolahan. Banyak aktiviti yang rakan rakan ibu bapa boleh follow dari blog dan FB sara tentang aktiviti yang melibatkan sensori, kognitif, sosial, dan emosi. Dari sudut early literacy pula untuk usia 3 ke 6 tahun bagi sara, sara lebih sukakan aktiviti bermain untuk mengenalkan nombor,minat membaca dan menulis, melukis serta seni. Ibu bapa jangan lupa dengan aktiviti outdoor dan natural kerana ia tak dinafikan sangat memberi manfaat kepada anak anak kecil.


  • Bina keyakinan, sifat berani dari rumah lagi. Jangan memperkecilkan kebolehan anak walau sekecil kecil perkara. Sentiasa menyokong mereka.


  • Apabila kita mendekati dan mengenali anak kita dengan rapat seperti points di atas, kita sebagai ibu bapa dapat mengenal pasti kekuatan, intelligence anak anak , dan dari situ kita dapat menyokong perkembangan anak yang sihat.


Kita sebagai "guru" dan guide anak kita buat yang terbaik di dalam kemampuan mereka. Sebelum kita menghantar anak kita atau semasa kita hantar anak kita masuk ke dalam sistem di luar. Persediaan dari kita seharusnya sentiasa ada.

Itulah peranan kita yang paling asas. Semoga anak kita membesar menjadi yang terbaik.



Be the first to comment.