Wean Off Tips For a 2 yo Toddler

Jan 15, 2020

It has been a while again I didn't write much. Been busy with my life Alhamdulillah. Syukur dengan segala apa yang sara ada. Teringat ingat tentang pesan Ustazah Asma Harun, hidup ini kena banyakkan bersyukur tentang segala yg kita ada. Diri kita, keluarga kita, harta benda kita. Bila kita bersyukur, nescaya Allah akan memberi dan melimpahkurnia kan lagi apa yang kita inginkan.

Duduk di satu sudut, sara masih segar dalam ingatan, yang 10 years ago, I pray to Allah really hard, sampai google doa macam macam nak cepat kahwin, sebab dah madly in love with my husband now. Orang cakap dah angau sampai cakap telefon cerita nak kahwin aje. Nak kahwin pula dengan askar. Alahai...

I pray so hard sampai hafal selawat nariyah, hafal doa cepat nikah, and doa demi doa, tahun 2014 kami bernikah. Lepas nikah doa pula nak anak. Allah kurniakan kami 2 anak yang comel dan bijak. And now I am here struggling my life as a wahm. Buang jauh jauh rasa bila Allah nak kabulkan doa, Astaghfirullahalazim....

Tak teringat pula Allah dah kabulkan segala apa yg sara inginkan beberapa tahun lepas. Bolehkan bersabar lagi dan biarkan saja segala aturan Allah berada di tempatnya. :(

Manusia begitulah. Sentiasa perlu diingatkan. Kadangkala hati mendengus dan merungut bila anak nak cepat besar, tapi when the future comes, I know I will miss this moments. ya Allah. Guide me and my husband please....

Sara juga teringat saat meminta pada Allah mudahkan urusan wean off Maya sebab dah penat sangat menyusukan dia, berjaga banyak kali di tengah malam, dan kini dah sebulan lebih dia dah berhenti menyusu, dan tidur sepanjang malam. I got my life back at night.

Ada yang bertanya apa tips yang Sara buat untuk berhentikan Maya dari menyusu tepat usia 2 tahun. Okay it might work with you, it might not. Tapi toddler yg difficult macam maya pun okay, insyaAllah you guys pon akan okay. Chill okay. Kena faham the matter of fact bila budak ni dia menyusu dan mengempeng, memang dia akan jadi manja pelik. Sejenis tak nampak mak di sisi dia punya merenggah nangis tu like theres no tomorrow. Nak tinggal kejap pergi kedai ke apa pun susah. Ini referring to me lah as a full time mom at home sebab dari lahirkan dia tak pernah berpisah.

Bayangkanlah bonding tu dah macam mana. Bukan senang nak break it. Tapi bila sampai certain age of course lah kita kena sama sama lalui juga fasa ni. Pesan sara, just start it when you are ready okay. Trust your instinct as a mom.

So sara nak share tips wean off yang Sara buat dengan Maya pada usia dia nak masuk 2 tahun.

  • First sekali, start bagi tahu anak. Give her expectations. Terangkan nenen nanti akan habis.
  • Kurangkan menyusu, offer air berbanding nenen. I know lots of moms tenangkan anak yg tantrum, menangis mengantuk dengan bagi je nenen. :P selesai kan masalah? buat sementara. So sebab kita yg ajar macam tu, kita kena get ready to break the cycle. Ingat mudah mudah nak hentikan rutin tu, anak dah biasa tidur dengan nenen lagi lah mencabar!
  • Bersembang dengan anak sebelum tidur, main gurau dengan dia dalam suasana gelap, for us ditemani lampu garam aje. And that specific night try 1 time untuk tak offer susu first for letting your toddler sleep. It may work, or it may not. Tengok mood anak. If okay, offer air, and dodoi to sleep.
  • And esoknya tu hari kedua sara cuba dengan sapu just garlic dekat nenen at let her smell. Bau je pun dia taknak and cakap pedas ,hehe. No, i make sure dia takde la trauma ke apa kan. Its just its the thing that she dislike.
  • And sepanjang siang berjaya dengan tak menyusu. The most challenging mommies is at night. Sebab anak bila dah mamai dia dah tak jadi diri dia. All I can say kentalkan hati. Never gave up. Bila dah decide tak bagi nenen, stick with it.
  • Memang anak akan keraskan badan, mengamuk, tantrum menggila to show their emotions tak dapat sebelum tidur tu. Dalam seminggu lebih juga begitu. Sampai masa balik rumah mak sara, kitorg ingat dia kena usik hantu. Teruk nau nau tantrum dia!
  • Dia keraskan badan and sebenarnya I can feel that dia pun tengah kawal diri dia, tengah fahamkan diri dia, yang dia takkan dapat dah nenen. Masa ni memang stress sangat sangat. Sebab tiap malam sebelum tidur dalam 20 min akan drama. Dan bila berjaga dia jadi macam tu. 2-3 kali juga.
  • Tapi as a routine, makin lama makin berkurang dengan sendiri, sentiasa memujuk dia to sleep balik dengan mendodoi.
  • Lama lama lepas 2 minggu dia langsung tak jaga dah. And lama lama juga dia boleh tidur dengan sendiri, self sooth.
  • Inilah fasa yg sara nak develop dalam diri dia. Bila sampai tahap ni, anak akan jadi more easy, tak manja kededek dah, lebih independent kalau kita takde, and boleh tinggal dah dia untuk keluar.


Kalau nak cuba, buat awal menjelang 2 tahun tu. Sebab makin besar makin banyak pula drama kan? Try and let me know.

Oh btw, sara sekarang dah rebuild balik jenama Sara & Sofia to Sara & Sofia Co. Korang boleh follow IG @sarasofia_my dan Sara & Sofia di facebook dengan menjual tudung lukisan tangan untuk wnita, ibu ibu especially and sara planning utk buat tudung lukisan tangan for kids juga sebab sofia nak sgt sgt tudung unicorn kata dia hehe. And as well akan ada produk penjagaan rambut khas for hijabis.

Alhamdulillah. TQ semua atas sokongan.

Nanti sara menulis lagi ya. :)

Jangan lupa follow Instagram @sarasofia_my dan Facebook Sara & Sofia



About saraconfession Joined at Dec 29, 2018

Hi Everyone! My name is Sara. I am 30 years old, a mother of 2 girls, a stay at home mother. I am married to a military pilot, who was my childhood lover, Fitrie. This blog is about my story of being a stay at home mom, and more. Let's make friend and keep in touch.


Be the first to comment.